Adibah Noor disahkan meninggal dunia.. Baca punca pemergiannya

13,392 views

Satu berita terkini baru diterima yang mana penyanyi dan pelakon terkenal Adibah Noor, 52 tahun, telah disahkan pergi buat selamanya sebentar tadi.

Hal ini diberitakan dari satu posting oleh beberapa artis seperti AC Mizal, Dr Soo Wincci dan juga portal Melodi.

Ini caption yang ditulis olhe pihak Melodi tentang berita pemergian Adibah Noor ini.

“Assalammualaikum. Dengan dukacita telah dimaklumkan bahawa pelakon dan penyanyi, Adibah Noor disahkan telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi. Doakan agar arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.”

“Semoga Allah akan ampuni dia, memberi rahmat kepada dia, akan memaafkan dia, memberi kemuliaan kepada dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggal dia di sana.”

Sementara itu Dr Soo Wincci turut menulis tentang hal ini.

“Harapnya kamu akan berehat dengan tenang kak Adibah Noor Mohd Omar. Salam Takziah”

Itu yang ditulis oleh Soo Wincci di ruangan laman media sosial miliknya.

Sementara itu pengacara terkenal iaitu Datuk AC Mizal juga ada menulis tentang berita pemergian Adibah Noor ini.

“Ya Tuhanku, sedihnya. Saya amat terkejut apabila menerima berita ini. Sahabat kita yang amat versatil, Adibah Noor baru saja pergi buat selamanya. Salam takziah dari kami sekeluarga.” Itu tulis Ac Mizal.

Sementara itu, isteri AC Mizal iaitu Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal ada menulis di laman Facebook miliknya.

“Ya memang benar, betul arwah baru sahaja meninggal di hospital sebentar tadi.”

Dikhabarkan bahawa Emylia kini dalam perjalanan ke hospital.

Dari sumber awal, arwah Adibah Noor sebenarnya menghidap barah ovari dan kini sudah berada pada tahap empat, namun, Adibah telah merahsiakan hal ini.

Adibah Noor sebelum ini pernah menjadi juara untuk pertandingan Juara Lagu dengan lagu Terlalu Istimewa.