“Adibah Noor tahu penyakitnya pun dah terlambat” ~ Ini pendedahan abangnya

6,709 views

Abang kepada Adibah Noor yang hanya dikenali dengan nama Bang Ngah tampil memberi sedikit kenyataan selepas pengebumian adiknya itu.

Kata Bang Ngah, dia pun baru saja mengetahui tentang keadaan adiknya itu baru saja, dalam beberapa bulan yang lalu.

Jelasnya, Adibah Noor sendiri pun baru tahu tentang keadaannya, dan sudah sedikit lambat.

“Adik saya. arwah Adibah Noor memberitahu kami yang dia dah sakit itu pun memang agak lambat. Dia cerita pada kami beberapa bulan yang lepas. Ini kerana dia sendiri pun baru tahu yang dirinya sakit pun memang sudah terlambat.”

Kata Bang Ngah menerusi laporan Harian Metro lagi, Adibah Noor telah pun buat rawatan yang disyorkan oleh pihak hospital, malah telah jalani pembedahan.

“Rawatan dan pembedahannya dah berjalan dengan lancar tetapi rezeki dia dah begitu kan, kita sendiri pun tidak tahu.”

“Baru-baru ini kami ada keluar makan bersama, dapat lihat dia pun boleh berjalan, makan dan sebagainya.”

“Pada hari Khamis yang lalu, kami diberitahu dia ada pergi buat chemotherapy kali ke enam ke yang ke tujuh, saya kurang pasti.”

“Doktor ada beritahu yang dose diberikan ada sedikit lebih, adakah mungkin dose itu terlalu kuat untuk dia yang itu saya tak berapa nak pasti, kenalah tanya pihak doktor.”

Bagi Bangah, Adibah Noor ni seorang yang amat baik dan amat rapat dengan anak buahnya.

“Dengan anak buah dia ni amat baik sekali. Dia selalu saja berpesan kat mereka semua agar belajar baik-baik.”

Tentang kucing peliharaan Adibah Noor, Bang Ngah memberitahu dia belum lagi buat keputusan sepenuhnya akan hal itu.

“Kami masih lagi belum fikir tentang soal kucing kerana nak selesaikan urusan jenazah ini dulu. Kemungkinan lepas ini kami akan contact dan jumpa dengan kawan-kawan dia untuk uruskan perkara itu. Rasa saya, kucing peliharaannya ada dalam 30 ekor lebih semuanya.”

Itulah komen dari Bang Ngah iaitu abang kepada Adibah Noor.