Ramai tertanya hubungan Remy Ishak, ini sebenarnya hubungannya dengan Adibah Noor

21,101 views

Pemergian secara mengejut penyanyi Adibah Noor, turut memberi kesan kepada pelakon terkenal Remy Ishak.

Semasa mengetahui hal berkenaan, Remy Ishak memang tak percaya Adibah Noor sudah tiada lagi.

Malah, ketika menerima berita dari isterinya, Ezza Yusof, beberapa kali Remy Ishak memintanya untuk memeriksa betul-betul sama ada berita tersebut benar atau pun tidak.

Setelah pemergian Adibah Noor disahkan, Remy Ishak terkelu lidah dari berkata-kata, memang langusng tak percaya.

Menurut pelakon berusia 40 tahun itu, Allahyarham pernah menghubunginya untuk memberi kata-kata semangat ketika dia berdepan dengan masalah kemurungan yang teruk.

“Isteri saya yang beritahu hal ini, kerana saya ni memang amat jarang nak buka media sosial. Bila isteri saya cakap Adibah dah meninggal, saya tak terkata.”

“Masa tu memang saya minta dia check lagi betul-betul, yelah zaman sekarang ni takut ada berita tak betul kan. Bila dia dah sahkan, saya jadi terdiam, lama juga, dah tak tahu nak buat apa.”

Berkata tentang hubungannya dengan Adibah Noor, Remy Ishak akui mereka agak baik juga, malah Adibah Noor antara insan yang mengambil berat pada dirinya ketika Remy alami kemurungan tak lama dulu.

“Hubungan saya dengan kak Dibah mempunyai nilai yang amat sentimental.”

“Saya memang rapat juga dengan arwah Adibah Noor, walaupun orang tidak nampak. Ketika saya sakit, dia ada call dan memberi kata semangat. Oleh itu, saya memang speechless bila tahu dia dah tiada.”

Semalam pagi, Remy Ishak antara selebriti yang hadir dan membantu proses pengebumian Adibah Noor.

Remy dilihat turut sama-sama memegang cangkul ketika berada di Tanah Perkuburan Islam Taman Keramat Permai, Kuala Lumpur.

Jelas pelakon berumur 40 tahun ini, dia memang dah tahu Adibah Noor dah turun berat badannya namun ingatkan, penyanyi berkenaan sedang amalkan cara hidup yang lebih sihat.

“Saya nampak gambar dia nampak lebih kurus, tetapi saya tak tahu sebab ramai orang tenah berdiet sekarang ni. Namun isteri saya ada cakap, dia kurus yang seakan sakit. Risau juga.”

“Dalam pada itu arwah pun tak pernah beritahu apa-apa tentang dia kini sedang sakit. Bila dah meninggal, barulah saya tahu.”

Adibah Noor memang banyak memberi nasihat kepada Remy Ishak, ini antaranya.

“Terlalu banyak nasihat diberi, saya kenal macam kakak. Dia nasihat dari segi masa depan, jangan terlalu bergantung kepada dunia hiburan.”

“Kena buat juga sesuatu yang lain. Kak Adibah Noor ni berpengalaman dalam dunia hiburan. Banyak nasihat bukan sebagai anak seni, masa saya sakit, dia beritahu apa yang perlu buat. Dia amat penyanyang dan sentiasa positif orangnya.”

Itulah komen dari Remy Ishak tentang Adibah Noor.