Adik Neelofa, Ameera Khan dapat kereta BMWi7 dari keluarga

5,151 views

Adik kepada Neelofa iaitu Ameera Khan memang dah dikenali ramai sebagai salah seorang influencer muda yang amat berpengaruh. 

Apa saja yang dilakukan olehnya sering saja menjadi tumpuan ramai. 

Walaupun bukanlah seorang selebriti, namun tempias populariti kakaknya itu membuatkan dirinya mempunyai ramai peminat. 

Jika dilihat di media sosialnya, ianya sudah mencecah 1.5juta orang. 

Ameera kini mula menceburi bidang peragaan dan dapat banyak tawaran dari pelbagai jenama terkenal. 

Baru-baru ini Ameera Khan yang lebih dikenali dengan nama Little Miss Khan, suda pun masu ke umur 22 tahun. 

Melalu isatu video, Ameera rupanya menerima hadiah yang amat mewah dari ibu bapanya. 

Semasa satu siaran langsung bersama ibunya, Datin Noor Kartini, ada peminatnya yang bertanya tentang keretanya. 

Ameera berkata bukan dia yang membelinya sebaliknya kereta itu pemberian dari ibu dan ayahnya. 

“Kak Ameera baru beli kereta BMW ke? Bukanlah, my mom and daddy got it for me.” Kata Ameera ketika membaca komen pertanyaan dari seorang wargamaya. 

Kereta yang diterimanya ialah kereta jenama BMWi7 yang baru saja dilancarkan. 

Ameera juga ada muatnaik satu photo menunjukkan interior dan steering kereta barunya itu. 

Kereta BMW miliknya itu berwarna putih. 

Ini yang ditulis oleh Little Miss Khan: “She’s home, she’s mine.” 

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya terkesima melihat kereta baru Ameera Khan itu. 

Mana taknya, kereta baru berkenaan dikatakan dianggarkan mencecah RM700 ribu. 

Ini antara foto BMW i7 berwarna putih. 

Ramai mengatakan Ameera Khan amat bertuah dilahirkan dalam keluarga yang berada. 

Bukan saja cantik malah berharta juga. 

Apapun tahniah buat Ameera Khan diatas pemilikan kereta barunya itu, semoga terus berjaya dalam bidang yang diceburi.