“Kak Lina tak akan muncul lagi di pentas GV”

10,987 views

Pentas Gegar Vaganza musim ke 10 ini telah dikejutkan dengan satu berita pada hari ini, hari Rabu, 27 September. 

Ianya berkaitan isu melibatkan tiga pengacara iaitu Elly Mazlein, Nabil Ahmad dan juga Jihan Muse. 

Dari reaksi, ramai yang kurang senang melihat tiga pengacara berada di atas pentas GV10 ini kerana bagi penonton ianya kelihatan terlalu sesak. 

Melihat ruangan komen berkaitan GV10, ramai yang lebih gemar melihat dua orang pengacara saja, dan ramai lebih minat dengan gandingan Nabil dan juga Jihan Muse. 

Melihat isu ini, Elly Mazlein yang dikenali dengan nama Kak Lina Pom Pom berkata, dirinya sedia maklum tentang hal itu. 

Akhirnya Kak Lina mengumumkan bahawa dirinya tak akan ada sebagai pengacara Gegar Vaganza. 

Pengumuman ini dibuat menerusi satu posting di media sosial miliknya. 

“Salam, semua selamat pagi, harap semua dalam keadaan baik saja.” 

“Selepas Kak Lina baca semua pendapat, ye betul, saya baca semuanya, sudah masanya Kak Lina tak perlu ada lagi di GV.” 

“Ini untuk jaga hati anda semua dan juga banyak pihak.” 

“Saya letakkan semua salah silap pada diri sendiri.” 

“Sebenarnya niat Kak Lina ni hanya nak hiburkan anda semua saja, tetapi lain pula yang terjadi.” 

“Kepada yang dah tak minat nak tengok GV, Kak Lina letak semuanya salah silap pada diri Kak Lina.”   

“Yes memang benar, ramai orang yang mencari rezeki di pentas Gegar Vaganza ini.”  

“Oleh itu, demi kebaikan smua pihak, Kak Lina tidak akan muncul lagi di pentas GV ini.” 

“Saya nak mohon maaf semua kekhilafan ya. Kak Lina tak ada bermaksud apa, hanya mahu hiburkan saja.” 

“Jaga diri semua, terima kasih atas semua yang manis yang dah Kak Lina rasai sebelum ini.” 

“InsyaAllah Elly Mazlein yang akan menggantikan Kak Lina di GV nanti.” 

“So saya sign off, jaga diri semua, dari Kak Lina Pom Pom.” 

Melihat komen dari Elly Mazlein ini, dirinya menggunakan nama Kak Lina, watak ceria yang aktif di pentas GV. 

Mungkin Kak Lina dah tiada lagi, namun kini yang akan muncul ialah Elly Mazelin. 

Mungkin Elly Mazlein akan berubah watak sebagai pengacara Gegar Vaganza, kita tunggu saja Ahad ini.