Tiga pengacara GV terlalu semak, pihak Astro sedia maklum, akan buat post-mortem

14,315 views

Buat pertama kali nya, program hiburan reality terkenal iaitu Gegar Vaganza menampilkan seramai tiga orang pengacara. 

Untuk musim ke 10 ini, pentas ini, yang digelar turut digelar sebagai All Stars Gegar Vaganva, menampilkan Nabil Ahmad, Jihan Muse dan juga pengacara musim lalu iaitu Elly Mazlein bersama-sama di atas satu pentas. 

Elly Mazlein sebelum ini menggantikan Jihan Muse untuk musim ke 9, kerana Jihan Muse baru saja bersalin anak keduanya. 

Sememangnya cara Elly Mazlein atau Kak Lina Pompom, berlainan dari cara Jihan Muse. 

Seperti biasa, ada yang lebih menyukai cara Jihan, dan ada juga yang lebih suka cara Elly Mazlein. 

Tetapi kali ini, digabungkan kesemuanya. 

Sudah tentu pelbagai komen yang diterima, bukan semuanya yang suka dengan kehadiran tiga orang pengacara ini. 

Di media sosial, para penonton beranggapan adalah lebih sesuai jika hanya ada dua orang pengacara saja untuk Gegar Vaganza ini. 

Kata warga maya, apabila tiga pengacara disatukan, ternyata ianya terlalu semak dan meleret. 

Ini antara komen-komen yang disuarakan oleh para penonton. 

Selain itu ada juga satu hantaran dari pengacara Sarimah Ibrahim yang dikatakan berkenaan hal ini.

Walaupun tidak menyebut nama program, namun semua percaya yang ianya tentang pengacara di GV10 ini.

Pihak Astro juga telah maklum dengan suara-suara dari para penonton ini. 

Wakil Astro iaitu Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh berkata, pihaknya akan meneliti semua komen dari para penonton. 

Pihak Astro akan ambil kira semua maklumbalas yang diterima berkenaan gandingan tiga pengacara ini. 

“Selepas minggu yang pertama ini, kita akan ambil maklum semua komen-komen yang diberikan.” 

“Pihak kita akan buat bedah siasat dan melihat apa yang terbaik yang kita boleh buat pada minggu kedua nanti.” 

“Sama ada nak buat pembahagian secara bergilir-gilir contoh gandingan Nabil, Jihan, atau pun gandingan Jihan, Kak Lina dan sebagainya.” 

Itulah sedikit kenyataan dari wakil Astro tentang gandingan tiga pengacara di Gegar Vaganza musim kali ini.