Adik Shila Amzah, Syafiq, tampil beri amaran kepada bekas isteri

12,479 views

Adik kepada Shila Amzah iaitu Syafiq Amzah telah tampil menjawab persoalan tentang kenyataan bekas isterinya bernama Nurul Anis Waheeda. 

Sebelum ini, Anis Waheeda ada mendedahkan beberapa sisi kurang baik sepanjang berkahwin dengan Syafiq Amzah, terutama dari segi kewangan, dan sikap bekas suaminya itu. 

Malah ianya berlarutan selepas perpisahan mereka terutama bab nafkah anak yang tidak diberikan. 

Syafiq telah memberi sedikit amaran kepada bekas isterinya untuk terus bercerita tentag kisah lama dan membuka cerita tentang dirinya. 

Jelas adik Shila Amzah ini, apa yang diperkatakan oleh bekas isterinya itu tak betul sama sekali.  

“Kepada bekas isteri yang terus bercerita dan mengaibkan saya, tidak pernah pun saya menjawab apa-apa.” 

“Tak ada cerita tentang dia tapi dia dah cerita yang tak betul tentang saya, menfitnah saya.”  

“Satu pesanan saya, sudah-sudahlah tu. Daripada 2016 sampai sekarang tak berhenti nak keluarkan kenyataan yang tak semuanya benar sama sekali.” 

Bagi Syafiq, hal dengan Anis Waheeda itu merupakan masalah peribadinya dan dia akan selesaikan hal tersebut sendiri.  

“Apa-apa tentang diri saya itu, jika saya rasa nak betulkan itu terpulang pada saya. Itu hak saya.” 

Dalam pada itu, Syafiq juga mengatakan dia dah pun keluar dari rumah banglo Shila Amzah dan tinggal di tempat lain. 

Syafiq juga berkata kakaknya itu turut memberikan kenyataan tak benar tentang insiden tampar Shila Amzah.  

“Tolonglah Shila, kau pergi cari mak minta maaf pada mak. Shila pun jangan nak menfitnah, aku tak pernah tampar muka kau.”  

“Aku ni tegur kakak aku beri kata yang tak baik pada mak aku, salah ke? Dia memaki hamun mak aku depan kawan dia, tolak mak aku. Sebab itu aku marah.” 

“Tentang rumah tu sikit pun aku tak heran.” 

Itulah sedikit kenyataan dari Syafiq Amzah iaitu adik kepada Shila Amzah.