Ah Moi datang office, mahu rampas Teha, Anak Dato

32,403 views

Bekas isteri kepada View Chin iaitu Shermine Hau atau lebih dikenali dengan nama Ah Moi dilihat telah kembali hadir ke pejabat syarikat View Fashion. 

Ketika menjejakkan kaki ke pejabat berkenaan, Ah Moi telah mengimbas kembali kenangan susah senang membangunkan perniagaan berkenaan. 

Kata Ah Moi banyak memory yang dirinya terkenangkan ketika berada di pejabat itu. 

“Saya rasa amat baik bila dah kembali ke pejabat ni, memang banyak memori dulu-dulu. Nak kena bayar deposit, nak fikir cara nak ubahsuaian macam mana. Masa itu masih sangat gembira sebab kami dah dapat pindah gudang yang lebih besar.” 

“Tetapi itulah nasib ni, kadangkala kita ni hidup bersederhana lagi seronok, orang tak akan jadi tamak, betulkan.” 

Kerana posting berkenaan, ada beberapa netizen yang bertanya mengapa Ah Moi telah datang semula ke office berkenaan. 

Mengapa datang office tu semula, dah keje sana balik ke.” Tanya seorang pengguna laman maya. 

Ah Moi kemudian menjawab semula: “Tak lah, saya datang sini sebab nak rampas semula Teha, Anak Dato.” 

Teha atau nama penuhnya iaitu Fatihah Zolkefly merupakan pekerjanya yang membawa watak anak dato dalam video syarikat berkenaan. 

Watak Anak Dato ini merupakan watak paling disenangi para penonton video-video View Fashion. 

Boleh dikatakan, watak Anak Dato ini sememangnya yang telah menaikkan video syarikat berkenaan. 

Melihat ruangan komen, rata-rata setuju Teha, anak Dato itu kembali bekerja dengan Ah Moi. 

Namun ada juga yang menulis dan berkata teha itu merupakan rakan baik kepada Mira, dan sukar untuk Ah Moi mendapatkannya semula. 

Ini antara komen dari para peminat Ah Moi yang mahukan Teha bersamanya.  

Sehingga kini, Teha yang membawa watak Anak Dato itu masih lagi bersama syarikat View Fashion dan belum diketahui sama ada akan berkolaborasi bersama Ah Moi.