Datuk Yusof Haslam sebak, cerita saat pertama kali Ridzuan Hashim memeluknya

7,459 views

Pemergian pelakon Ridzuan Hashim di usia 62 tahun, pagi semalam sememangnya membuatkan ramai pihak yang terkejut. 

Ridzuan Hashim telah pun selamat disemadikan di tanah perkuburan yang terletak di Hulu Langat Selangor pada malam tadi. 

Semuanya berjalan dengan lancar dan ianya dihadiri lebih kurang 300 lebih termasuk keluarga dan sahabat handai Ridzuan Hashim. 

Terdapat juga beberapa rakan artis yang kelihatan di tanah perkuburan, dan ini termasuklah pengarah serta penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam. 

Ketika ditemubual, Yusof Haslam akui Ridzuan Hashim seorang yang amat berdisplin dalam kerjanya. 

Yusof Haslam juga pernah melihat keadaan Ridzuan hashim yang kurang sihat ketika kali terakhir berlakon dalam produksi Skop production miliknya. 

“Saya kenal dia ni sebagai seorang yang begitu berdisiplin dalam soal kerja. Kali terkahir beliau kerja dengan saya ialah semasa beliau berlakon untuk drama berjudul Kuasa. Kalau tengok, memang masa tu pun sebenarnya dia sudah nampak kurang sihat.” 

“Masa tu saya ada cakap, Wan boleh tak ni, nampak macam kurang sihat. Lepastu dia jawab, tak Dato, saya sihat Dato.” 

“Lepas tu, dia terus saja peluk saya. Sebelum ni tak pernah pun dia peluk saya.” 

“Saya memang ada cakap, awak ni kuat, tapi kalau tak kuat, tak perlu memaksa diri, dia terus jawab, saya memang okey.” 

Jelas Dato Yusof Haslam, sememangnya semangat Ridzuan Hashim amat kuat untuk terus berkarya.   

“Saya tahu semangat juangnya masih kuat, saya bagi arwah untuk teruskan. Saya pun tahu dia nak mencari rezeki.”  

“Anak saya pernah kata, Ridzuan Hashim nampak macam kurang sihat, nak cari orang lain ke, saya terus kata, no teruskan dengan Ridzuan Hashim, dia pun masa tu memang mahukan tawaran berkenaan.” 

“Saya cakap, jika dia tak boleh berjalan, kita bagi dia watak untuk dia berdiri atau duduk saja. Tetapi masa tu, dia tetap gagahkan diri menghabiskan tugasnya, walaupun nampak masa tu memang tak begitu sihat.” 

Yusof Haslam juga mengakui Ridzuan Hashim memang mempunyai komitmen yang cukup bagus untuk setiap watak yang diberikan. 

“Dia memang amat bagus, sering tepati masa, on time. Semuanya bagus.” 

Itulah sedikit cerita dari Yusof Haslam tentang Ridzuan Hashim.