Keputusan mahkamah, Siti Bainun didapati bersalah aniaya adik Bella

1,609 views

Hari ini keputusan kes melibatkan pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun telah diumumkan. 

Siti Bainun telah pun didapati bersalah atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja kelainan upaya yang mempunyai Sindrom Down iaitu adik Bella. 

Keputusan ini telah dibuat oleh pihak hakim di Mahkamah Sesyen pada pagi tadi sebentar tadi. 

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, Siti Bainun dikatakan telah mengabai dan menganiaya remaja bernama bella itu yang berumur 13 tahun. 

Perbuatan itu membuatkan Bella telah mengalami pelbagai kecederaan fizikal dan juga emosinya yang terjejas teruk. 

Kejadian berlaku di sebuah kediaman di Wangsa Maju pada tahun 2021. 

Kes ini telah pun menjadi tular dan mendapat liputan yang luas dari pihak media. 

Mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kesalahan ini akan membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun ataupun dikenakan denda sebanyak RM50 ribu ataupun kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. 

Untuk kes ini, Siti Bainun telah dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan telah dibawa ke penjara Kajang.

Pendakwaan ini telah dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya iaitu Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias. 

Untuk pihak Siti Bainun pula, dia diwakili oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf. 

Perbicaraan kes Siti Bainun dan Bella ini telah bermula pada 30 Mac 2022 dan seramai 22 orang saksi telah dipanggil bagi memberi keterangan, dan ini termasuklah Bella sendiri. 

Turut dipanggil ialah para doktor dan juga bekas penghuni Rumah Bonda itu. 

Inilah perkembangan terkini tentang kes antara Siti Bainun, pengasas Rumah Bonda dan juga Bella, anak istimewa yang mempunyai sakit Sindrom Down. 

Di laman media sosial, ramai berharap SIti Bainun akan menerima hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan ke atas anak istimewa iaitu Bella.