Ahmad Iqbal tampil dengan lagu pertamanya berjudul Hujan. Ianya dilancarkan pada petang 1 November 2021.
Baru bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal dah pun bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke pentas yang tinggi termasuklah ke Anugerah Juara Lagu, satu pentas yang cukup besar buat para penyanyi.
Pemuda berumur 27 tahun ini berharap, lagu Hujan itu dapat bersaing di pentas sebenar AJL.
Iqbal juga yakin, vokalnya juga mampu diasah lagi, apatah lagi suara live dan juga suara rakaman tak jauh beza. Ini komennya melalui portal Mstar.
“Jika ada rezeki untuk ke pentas AJL saya memang okay saja. Tak adalah rasa tergugat sangat kerana suara saya semasa nyanyi live dan ketika buat rakaman tak jauh beza sangat pun.”
“Namun, kalau masuk, sudah tentu perlu buat persediaan yang rapi, saya kena lebih banyak latihan jika ada rezeki ke AJL.”
“Saya ni tetap sedar diri dan bukanlah berlagak, namun jika dah ada rezeki masuk AJL apa salahnya. Tapi saya tetap akan hormat orang lama, dan akui memang saya masih belajar.”
Lagu Hujan ini turut akan menampilkan satu video muzik dan akan dilancarkan pada petang Isnin, 1 November.
Idea untuk buat lagu ini diilhamkan dari kisah hubungannya dengan ahl perniagaan, Dato Seri Vida, yang mana dari perancangan nak berkahwin, akhirnya putus di tengah jalan.
Jelas Iqbal, dia ada rasa berdebar, namun tetap berpuashati dengan hasil lagunya itu.
“Rasa berdebar dan teruja. Banyak soalan yang timbul dalam fikiran saya, memang akan risau kalau ada yang kata yang kurang baik.”
“Ini sesuatu yang amat baru untuk saya, saya tak tahu apa komen dan reaksi orang industri terhadap diri saya. Tetapi saya rasa, nak buktikan saya boleh buat, bukan hanya banyak drama saja.”
Sama-sama kita tunggu pelancaran lagu Hujan nyanyian Ahmad Iqbal.