Ayah Anzalna, Prof Dr Md Nasir, dilantik CEO Finas, ganti Ahmad Idham

3,831 views

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuat satu pengumuman bahawa Prof Dr Md Nasir Ibrahim kini telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

Pelantikkan ini adalah untuk tempoh dua tahun dan akan berkuatkuasa esok sampai 30 Oktober tahun 2023.

Untuk yang tak tahu, Prof Dr Md Nasir merupakan ayah kepada pelakon popular Anzalna Nasir.

Pelantikkan itu diumum oleh Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Mohammad Mentek, yang mana Prof Dr Nasir akan menggantikan Ahmad Idham.

Mempunyai pengalaman luas dalam bidang pengurusan industri kreatif dan seorang yang dihormati ramai, pelantikkan Prof Dr Md Nasir, 62 tahun, dianggap amat tepat.

“Dr Nasir ada pengalaman luas dan ketokohan beliau dalam bidang pengurusan industri kreatif serta pembangunan polisi, management dan education seni budaya di peringkat tempatan dan antarabangsa telah terbukti.”

“Beliau cemerlangan ketika menjalankan tanggungjawab beberapa tugas termasuklan sebagai Timbalan Rektor Hal Ehwal Akademik di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) dan juag sebagai pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).”

“Kementerian amat yakin dengan adanya kepakaran dan pengalaman luas beliau, ianya akan memacu Finas untuk memajukan lagi industry filem tanah air.”

“Saya juga yakin sinergi antara Dr Nasir dan semua ahli perbadanan Finas akan melonjakkan industri filem serta ekonomi kreatif di peringkat tempatan termasuk juga peringkat antarabangsa.”

Untuk info, ayah kepada Anzalna ini ada kelulusan Ijazah Doktor Falsafah Pendidikan Seni dari Universiti Tasmania, Australia pada 2008. Kemudian pada tahun 2014, Dr Nasir menerima Pasca Kedoktoran dalam bidang sama dari Universiti Sheffield Halam, United Kingdom.

Prof Dr Md Nasir juga mempunyai Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Sains Malaysia pada 1986. Tahniah diucapkan.