“Ahmad Iqbal terus keluar balik sebaik nama diumumkan” ~Ini penjelasan Astro

17,414 views

Ahmad Iqbal Zulkefli jadi tumpuan sejurus diumumkan sebagai peserta yang terkeluar dari rancangan Big Stage pada minggu kedua malam tadi.

Namun ada sesuatu yang ramai tak tahu berlaku di belakang pentas, sebaik saja Iqbal menjadi peserta yang tersingkir.

Rupanya, Ahmad Iqbal terus saja balik dan tidak muncul di press conference yang selalunya dibuat.

Hal ini akhirnya diterangkan oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh, bahawa Ahmad Iqbal tidak hadir di press conference kerana tidak sihat.

Ianya dimaklumkan sendiri oleh pihak pengurusan Ahmad Iqbal dan juga dari pihak produksi.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak produksi bahawa Ahmad Iqbal terus keluar sebaik saja namanya telah diumumkan sebagai peserta yang terbawah dan terkeluar.”

“Dari apa yang difahamkan, Iqbal rasa tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk buat pemeriksaan lanjut.”

Kerana itulah Iqbal tidak kelihatan di sidang media yang selalunya diadakan sebaik selesai saja konsert mingguan Big Stage, dan juga setiap rancangan reality sebelum ini seperti Gegar Vaganza.

Di laman Ig miliknya, Iqbal dilihat masih lagi aktif muatnaik paparan para followernya di Ig story. Rata-rata memuji kekuatan Iqbal walaupun menerima pelbagai komen yang kurang baik.

Kira-kira jam 7 pagi, Iqbal juga ada muatnaik gambarnya semalam.

Di minggu kedua Big Stage, Ahmad Iqbal membawa lagu Ketahuan, dan hanya mendapat markah keseluruhan 9.2 peratus saja.

Markah yang diberi oleh juri ialah 4 markah dari Ajai, 11 markah dari Siti Nurhaliza dan 10 markah dari Aina Abdul.

Manakala pemenang mingguan dengan markah tertinggi dimiliki oleh Elica paujin dengan markah 84 peratus.

Setelah terkeluarnya Ahmad Iqbal, kini ada 11 peserta lagi dalam Big Stage iaitu Elica Paujin, Tuah Adzmi, Ajoi, Sofiaa, Aisha Retno, Yazmin Aziz, Daniel Chuer, Lia Aziz, dan Megat Rahim.