Berakhirlah sudah perjalanan Ahmad Iqbal dalam rancangan Big Stage. Setelah mendapat perhatian yang agak maksimum di laman media sosial, semuanya terhenti di minggu kedua saja.
Nyanyian Iqbal malam tadi membawa lagu Ketahuan, ternyata tidak berjaya memikat hati para juri. Dengan markah yang amat rendah, akhirnya Ahmad Iqbal diumum sebagai peserta pertama yang terkeluar.
Kali ini, kita akan mengulas tentang komen dari presiden netizen dalam Big Stage iaitu Datuk Seri Vida. Jika minggu pertama, komen yang baik diberikan oleh Vida, namun nampaknya minggu kedua ini berbeza pula.
“Saya dah tak sanggup nak baca komen dari netizen. Saya rasa Iqbal, mungkin netizen semua ni bolehlah ambil apa kebaikkan yang ada dari pihak awak, iaitu awak ni memang dah kalis apa orang kata atau mengata. Awak memang tak kisah, awak tak hirau. Siap teruskan dan boleh tersenyum lagi.”
“Awak memang seorang yang kuat, itu yang saya kenal. Tetapi sebagai presiden netizen, saya setuju dengan netizen bahawa kita perlu hormati juri professional. Kena hidangkan dengan peserta yang berkualiti. Kena jujur dan adil, juga kepada industry.”
“Sebagai presiden netizen, saya mahu mengatakan bahawa kami ni Ahmad Iqbal Zulkefli, memang tidak layak untuk berada di dalam pentas Big Stage.”
Sebelum itu, Vida ada membaca beberapa komen di laman media sosial yang ternyata memerli Iqbal dan mengatakan persembahan Iqbal kurang baik.
“Saya hanya buat kerja ye netizen semua, saya tengok dua phone ni. Ada komen memuji, lets vote for Ahmad Iqbal, kekalkan dia kita perlukan hiburan.” Itu ungkapan pertama dari Vida.
“Dah lah aku pula yang malu. 4 point tu mesti DS Vida yang vote. Entah siapalah yang bagi 4 markah tu.”
Itu antara komen yang dibaca oleh Datuk Seri Iqbal tentang persembahan Ahmad Iqbal.