Malam tadi akhirnya Ahmad Iqbal diumumkan sebagai peserta yang terkeluar dari pentas Big Stage pada minggu kedua.
Ternyata nyanyian Iqbal membawa lagu Ketahuan, tidak berjaya menawan hati para juri yang terdiri dari Ajai, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan juga Aina Abdul.
Ajai dengan jujur memberitahu, Iqbal tidak ada bakat langsung, dan hanya memberi 4 markah.
Datuk Siti pula memberi markah yang agak rendah iaitu hanya 11 markah saja. Manakala Aina Abdul memberi 10 markah.
Bagi Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekarang ini dah masuk minggu kedua dan ini bukan masa untuk menggunakan alasan masih belum bersedia.
Siti juga berkata, penyingkiran Ahmad Iqbal sememangnya satu keputusan yang betul.
“Keputusan yang dibuat ada satu keputusan yang betul. Sebenarnya Ahmad Iqbal pun sendiri mengakui tentang semua ini. Oleh itu semua pihak haruslah menerima keputusan ini dan ianya merupakan satu perkara yang terbaik untuk semua orang.”
Ini satu lagi nasihat dari Datuk Seri Siti Nurhaliza.
“Kepada semua peserta, mereka kena buat persembahan secara all out. Tak ada siapa overshadow sesiapa pun. Sekarang ini semua peserta kena tunjukkan kehebatan. Dah tak ada istilah belum bersedia. Apabila berada di atas pentas, kena beri sehabisnya, all out.”
Dalam pada itu, juri jemputan Aina Abdul turut memberi markah yang agak rendah kepada Iqbal, lagi rendah dari markah Siti Nurhaliza berikan.
Namun Aina memuji keberanian yang ditonjolkan oleh Iqbal di Big Stage.
“Saya tidak pasti kenapa dia boleh masuk program ini. Bukan nak cakap persembahannya tak bagus, tapi kalau nak compare dengan peserta lain, kebolehan itu mungkin antara yang di bawah.”
“Iqbal ni ada objektif, dia memang bijaklah. Dia tahu guna peluang yang ada. Untuk saya, memang brilliant.”
“Salute kat Iqbal sebab dia berani. Saya pun tak seberani macam itu. Contohnya kalau masuk Maharaja Lawak, saya tak akan buatlah sebab saya pun memang dah sedar diri ini bahawa saya memang tidak lawak.”
“Iqbal pun macam dah lali dengan semua komen yang diberikan, kalau saya tak boleh. Tak sanggup.”