Ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu puan Hazelina ada membuat kenyataan kecewa dengan anaknya itu semalam.
Ini setelah Hazelina mendakwa bahawa Aiman Tino kini telah melupakan family dan mengabaikan kerjayanya sebagai penyanyi.
Jelas ibu Aiman Tino, semua ini berlaku kerana Aiman telah dikongkong oleh seorang wanita yang sedang dikenalinya bernama Farah.
Hazelina mendedahkan Aiman Tino kini amat sukar untuk dihubungi dan tidak reply mesej yang dihantar.
Dari apa yang diberitahu, semua laman media milik Aiman Tino juga kini di kawal oleh wanita berkenaan.
Menjawab isu ini, akhirnya Aiman Tino tampil menjelaskan apa sebenarnya yang terjadi.
“Semua ini hanya salah faham dan khilaf diri saya sendiri. Memang saya ni ada tabiat lambat reply WhatsApp dan tak jawab call. Sebab itu timbullah macam-macam andaian.”
“Ini termasuk juga bila Mama saya luah perasaan di IG. Saya memang sering terlupa nak balas semula miss call dan sering abaikan mesej yang saya dapat.”
“Hal seperti ini saya selalu ambil mudah dan ianya akan buat orang lain termasuklah ibu bapa saya ada rasa terkilan sampaikan mereka boleh fikir seperti itu.”
Aiman Tino berkata, setelah isu ini jadi viral, dia terus pulang ke rumah family yang terletak di Kuala Kubu Baru, Selangor untuk jelaskan masalah itu.
“Saya akui silap dan memang sikap ini akan buat masalah pada karier saya sebagai penyanyi. Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak ada kelakuan macam ni.”
“Diharapkan tabiat ini akan dapat saya ubah. Sekarang ni saya tidak boleh ambil mudah perkara ini.”
Tentang dakwaan ibunya bahawa dirinya kini sedang dikongkong oleh wanita bernama Farah, Aiman Tino menafikan dakwaan berkenaan. Katanya dia dan Farah berkenalan kerana urusan kerja sahaja.
“Apa berlaku tak perlu babitkan Farah atau orang luar. Macam saya cakap, yang berlaku ini sebab silap diri saya sendiri.”
Itulah penjelasan dari Aiman Tino setelah ibunya luah perasaan di IG semalam.