“Akhir zaman, tak takut Tuhan murka ke?” Soal netizen kepada Sharifah Sakinah

4,999 views

Selebriti terkenal Sharifah Sakinah telah mencuri perhatian netizen setelah muatnaik satu foto yang mencetuskan rasa kurang senang mereka.

Foto itu memperlihatkan Sharifah Sakinah di dalam bathtub dengan bahagiannya ditutupi buih.

Gambar itu merupakan satu adegan dan babak lakonan Sharifah Sakinah yang telah kembali berlakon setelah lama berehat dari dunia seni.

Ini caption yang ditulis oleh Sharifah Sakinah di foto berkenaan: “Dah lama berehat panjang, dan kini akhirnya saya kembali semula ke set penggambaran. Berbalik kepada cinta pertama saya, iaitu bidang lakonan.”

Melihat gambar berkenaan, ramai netizen telah mula menulis komen dan meluahkan pendangan masing-masing.

Ada yang menegur tindakan Sharifah Sakinah itu yang dikatakan tak menjaga sensitiviti sebagai seorang wanita muslimah dan juga statusnya sebagai seorang ibu.

Sampaikan ada juga yang mempersoalkan agama Sharifah Sakinah dan ada mengatakan ini adalah contoh tanda akhir zaman.

Selain itu, ramai juga yang memberi komen mendoakan agar Sakinah akan terima hidayah. Ini antara komen netizen.

Individu bernama Xmirae berkata: “Dunia di akhir zaman. Malah ada yang bangga mendedahkan aurat. Istifar tengok, ini pengaruh budaya dari barat, semoga di beri hidayah.

Kemudian pengguna bernama Urlouza pula menulis: “Saya doakan agar awak akan diberi hidayah kelak.

Sheilasyue pula menulis meminta Kinah menutup auratnya: “Aurat tu tolonglah jaga kasihannya tengok.

Nuezan memberi komen: “Miss ni tidak takut ke jikalau Tuhan murka.

Dheaellina pula memberi pendapatnya: “Semoga nanti kakak Sakinah akan berubah. Sama-sama kita mendoakan supaya kak Sakinah akan menutup aurat.

Ini pula komen tazkirah dari Awalhassan: “Jika manusia ni dapat melihat betapa azabnya neraka itu dan berapa lama azabnya akan dirasai, sudah tentu tak ada seorang manusia pun yang akan berani mengundang murka dari Illahi, saya hanya jalankan amanah sahaja.

Itulah antara komen serta pendapat dari netizen di gambar Sharifah Sakinah itu.