Suami sedia maafkan, terima semula Nynaa Harizal, “Dia hanya reply mesej sekali saja”

3,256 views

Kecoh juga tentang ksiah pelakon baru, Nynaa Harizal telah keluar rumah tanpa kebenaran suaminya Mohamed Fahmi Mohamed Ilyas, yang mana dikatakan diambil semula oleh family Nynaa.

Kes ini berlaku kira-kira dua minggu lalu, dan sehingga kini, Fahmi Ilyas masih belum dapat hubungi isterinya itu.

Dek kerana itu, Fahmi telah membuat satu tuntutan di mahkamah supaya isterinya itu kembali taat serta pulang ke pangkuannya.

Permohonan itu difailkan oleh Fahmi Ilyas semalam di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Fahmi, 29 tahun, menuntut isterinya iaitu Nynaa Harizal, 25 tahun, pulang ke rumah mereka yang terletak di Jalan Pinang, Kuala Lumpur dan memberi masa selama 7 hari.

Permohonan berkenaan difailkan atas tujuan untuk selamatkan rumah tangga mereka yang baru dibina, dan mahu Nynaa kembali jalankan tugas sebagai isteri.

Fahmi sedia memaafkan isterinya dan bersedia menerima semula kepulangan isterinya itu. Ini komennya menerusi satu video temubual dengan portal Mstar.

“Saya sudi maafkan dia, sebab apa yang terjadi sekarang ni bukan cara Nynaa. Sejak saya kenal dia, kami selalu berbual di telefon, semasa jadi pasangan kekasih pun ada pergaduhan sebelum kahwin, tak ada lari-lari, tak ada off phone. Selalu kita settle kan problem tu.”

“Sejak berkahwin ni, kami masih belum ada sebarang pergaduhan pun. Baru dua bulan kan, tak ada pergaduhan pun.

Ini pula luahan hari dari Fahmi Ilyas kepada Nynaa, dan berharap dia dapat terima mesej ini.

“Saya selalu ada untuk awak. Awak boleh hubungi saya bila-bila masa. Saya amat berharap kita dapat jumpa dalam masa terdekat ini.”

“Terlalu sayang kepada awak sayang. Saya harap awak kuat, serta sentiasa berdoa kepada Allah dan berzikir. Saya hanya hitung hari untuk bertemu dengan awak. Berdoa setiap hari.”

Fahmi sekali lagi menegaskan dia tak sebarang isu dengan isterinay itu dan berkata ini adalah masuk campur dari pihak keluarga Nynaa.

“Saya tak ada apa-apa isu dengan wife saya. Inilah masalah dia if family dah masuk campur dalam marriage life. Kalau ada problem saya selalu cakap boleh solve problem itu. Tapi kalau dah masuk campur sampai seperti ini, ambil my wife, paksa kami tak dapat berjumpa. Sama ada nak cerai ke apa saya tak tahu.”

Fahmi berkata, semasa kahwin semuanya okey saja dan nampak direstui, malah bapa Nynaa yang jadi wali.

“Kalau kata ni perkahwinan yang diatur, bapanya juga yang jadi wali, ibu dia pun ada di pejabat agama, jadi saya rasa restu itu ada.”

“Tetapi apa yang paling saya kecewa ialah saya tak boleh bercakap dengan isteri saya. Saya call dan mesej dengan dia, tak ada reply, hanya sekali saja.”

“Ada sekali dia reply whatsapp dan berkata dia mahu spent masa dengan family dan respect decision dia.”

Fami Ilyas juga berkata sepanjang berkahwin, dia dan Nynaa Harizal tak pernah duduk berasingan.