Kali pertama dalam sejarah, langsung tak ada ‘Ha’ dalam MLM2021, Taici luah rasa terkejut

5,873 views

Semalam telah berlangsung secara langsung rancangan Maharajalawak Mega 2021 (MLM 2021).

Tema pada minggu ini ialah muzikal yang mana pelawak dikehendaki berlawak sambil menyanyi diiringi muzik.

Kalau dilihat, ada peserta yang menyerlah seperti kumpulan Bahye yang dianggotai oleh Nizam Jentik-Jentik dan Shashic, mereka berdua berjaya mendapat 5 Ha dari para juri.

Namun ada yang hambar dan menerima tamparan yang hebat apabila langsung tak dapat sebarang Ha dari pihak juri.

Kumpulan berkenaan ialah Taici, yang langsung tak ada Ha, malah turut tersingkir dari rancangan berkenaan. Taici menerima 38 markah berbanding Otai yang mendapat 44 markah dan Tobat 46 markah.

Kumpulan Taici ini terdiri dari Chiwan, Tapai dan juga Ilham Abata. Mereka akui dan terima keputusan berkenaan namun agak terkilan kerana langsung tak diberikan sebarang Ha.

Ini kali pertama, tak ada sebarang Ha diberikan sepanjang pentas Maharaja Lawak Mega berlangsung.

Tak tahu nak cakap apa dah.” Komen Tapai, salah seorang yang terkilan dengan apa yang berlaku.

Memang tak sangka, kami tak ada langsung Ha.” Kata Ilham pula.

Chiwan antara yang paling vocal dan mempersoalkan dimana maruah mereka bertiga kerana langsung tak diberikan Ha.

Malah dia meminta agar pihak juri semua dapatlah menilai tanpa melihat popularity saja.

“Pentas ini merupakan keramat buat semua pelawak di Malaysia. Kami bermula di sini untuk cari tapak dalam industri lawak.”

“Ini rumah kami, an tempat cari rezeki. Kami bukannya badut di atas pentas untuk memperbodohkan diri sendiri.”

“Walau bertanding, kami tetap nak hiburkan semua. Setiap minggu kami perah otak mencari content untuk dipersembahkan diatas pentas.”

“Kalau persembahan menjadi kami akan dipuji, diangkat setingginya namun jika ianya tak menjadi kami ibarat hanya menanti hukuman.”

“Sila nilai kami sebagai anak seni bukan nilai kami macam orang yang tak tahu apa itu komedi. Cukuplah pandang popularity. Kami sedar kami kalah popularity namun tahu apa itu komedi.”

“Jadi adil ketika menjuri. Buat pertama kali dalam sejarah tiada HA dalam pentas Maharaja Lawak Mega. Maruah kami nak campak mana?”

“Kami ini ibarat orang bodoh atas pentas yang tak buat apa-apa ke. Ini agak nonsense.”

“Tak ada kata kami ni layak dapat HA yang banyak at least berilah kami ha demi effort kami. Persembahan kami tak hebat mana namun kami ada dengar penonton gelak dalam studio.”

“Kami tahu anda semua juri namun apabila datang tu silalah enjoy the show bukannya kena buat muka ketat.”

Apapun Chiwan berkata dia menerima segala ketentuan dan meminta maaf di atas segala kesilapan kumpulan Taici.