Individu ini tampil minta ampun pada Permaisuri Agong

4,484 views

Hari ini Malaysia dikejutkan dengan isu yang agak viral apabila Raja Permaisuri Agong iaitu Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah menutup akaun laman sosial Twitter yang dikatakan berkaitan dengan beberapa rakyat marhaen yang bertindak bercakap biadap pada baginda.

Akibat daripada perangai segelintir rakyat marhaen yang kurang ajar apabila meluah rasa tidak puas hati mereka secara terbuka di laman sosial terhadap Tunku Hajjah Azizah Aminah.

Setelah didesak oleh ramai netizen di laman media sosial akhirnya lelaki itu telah telah tampil memohon maaf secara terbuka serta meninggalkan warkah buat Permaisuri Agong yang di segani ramai.

Apabila di perlaku itu teruk dikecam oleh ramai di segenap media sosial, salah seorang daripada netizen itu telah memunculkan diri serta memohon keampunan dari pihak Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminag Maimunah Iskandariah.

Dikatakan juga apabila si perlaku tersebut telah bertindak menutup akaun laman sosial Twitter ke mode privacy dan dilaporkan tiada sebarang respon yang diberikan apabila didapati berkelakukan biadap terhadap Permaisuri Agong.

Jelas dalam warkah permohonan ampun tersebut itu meluahkan rasa khilaf dirinya yang telah berlaku biadap dan kurang ajar terhadap Tuanku Permaisuri Agong. Lelaki tersebut dengan merendah diri memohon kemaafan atas  segala yang dilakukannya.

Lelaki tersebut juga menyatakan bahawa dia ready untuk menyembah hadap bagi memohon ampun jika Tuanku sendiri berkenan untuk menerima kunjungan lelaki tersebut  dan dia mengharapkan agar Tuanku Permaisuri Agong dapat mengampunan dirinya.

Bak kata perpatah terlajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya. Lain kali fikir dalam-dalam sebelum mengeluarkan kata-kata berbau kutukan dan sindiran.

Di Malaysia kita mempunyai undang-undang yang mendaulatkan institusi raja-raja yang harus dipatuhi. Semoga si perlaku dapat mempelajari sesuatu atas insiden yang terjadi ini.