Lufya luah perasaan rumahtangga “Dah lama aku bersabar, aku dianiaya”

5,101 views

Ramai yang terkejut apabila melihat satu entri terbaru yang ditulis oleh selebrit tanah air Lufya. Satu nukilan luahan hati dari Lufya dibuat olehnya di laman media social hari ini sekaligus memberi bayangan ada pergolakkan dalam rumahtangganya.

Dari luahan Lufya itu, dia telah muat naik gambar IG milik suaminya dan berkata ada masalah dengan suaminya yang telah sekat dia di laman media social IG. Malah Lufya akhirnya bercerita apa yang terbuku di hatinya selama ini.

Ini komen Lufy: “Follow unfollow blocked? Follow, unfollow blocked? Ni cara nak selesaikan masalah ke? Lari dari tanggungjawab sehingga masuk tiga bulan setengah berturut-turut. Jangan cakap isteri tak tutup aib suami kalau suami tu yang buka aib di dada! Dah cukup lama aku bersabar. Sudah cukup lama aku telah dianiaya! Fitnah isteri kat keluarga macam-macam just to cover your big mistakes. Enough is enough. Aku bercita-cita nak jadi isteri solehah sebab tu aku diam sampai makan diri. Aku pernah sakit aku kemurungan tak sangka impian dan cita2 nak jadi isteri solehah sesukar ini cubaanya. Kesabaran aku diduga terlalu lama. Sejak 3bulan kita berkahwin u dah buat penganiayaan yang tak terjangkau fikiran. Kesalahan itu kau ulang sehingga enam kali! Aku diam, aku diammm dan aku diamm sampai tak mampu aku pikul sendiri lagi. Luka di badan tak sama ssakit luka kat dalam hati ni. Tqsm.

Itulah luahan dari dari Lufya yang di buat pada malam tadi. Diruangan komen, rata-rata followernya meminta Lufya agar bersabar dan terus kuat hadapi segala mslh yang melanda.

Untuk pengetahuan, Lufya dan Hafiz yang emrupakan seorang doctor, telah berkahwin pada 26 November 2016 dan pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Laana Haura.