Akhirnya Polis dedah punca sebenar Nora Anne

11,532 views

Petang tadi, pihak polis telah membuat satu sidang media tentang bedah siasat yang dibuat ke atas Nora Anne.

Nora Anne merupakan gadis 15 tahun yang dijumpai sudah tidak bernywa setelah hilang selama beberapa hari.

Ketika hilang, Nora Anne baru sahaja bercuti bersama keluarganya di satu resort di Negeri Sembilan.

Pihak polis menerusi kenyataan dari Ketua Polis Negeri Sembilan iaitu Datuk Muhammad telah menyatakan secara jelas tentang punca sebenar yang berlaku.

Kata pihak polis, punca sebenar ialah kebocoran usus dan ini mungkin disebabkan tiada makanan dalam tempoh yang panjang dan juga tekanaan yang berpanjangan.

Sehingga kini, tiada elemen jenayh yang didapati dari jasad Nora Anne, dan polis tegas mengatakan memang tiada unsur jenayh.

Sampel juga telah diambil dari badan Nora Anne dan dihantar ke makmal untuk siasatan lanjut.

Ini pengumumannya: “Pihak patologis telah memaklumkan bahawa jasad itu adalah Nora Anne. Dan Nora telah pergi buat selamanya sejak 2 atau 3 hari yang lalu, tak lebih dari empat hari lalu. Hanya calar kecil di kaki dan tiada yang menjurus menjadi punca atau kes jenayh. Punca kemtian Nora Anne ialah dari kebocoran pada usus intestien disebabkan kerana tidak ada makana dalam tempoh yang panjang. Itulah puncanya yang diperolehi dari pihak patologist”

Itulah komen dari pihak polis tentang kes Nora Anne tentang finding yang dijumpai oleh pihak forensik dan patologis.

Diingat kembali, kes ini mula jadi liputan antarabangsa dan mula jadi bualan secara global. Nora Anne mula hilang dan gagal dikesan dari biliknya. Ibunya ada mengatakan bahawa Nora memang teruja dengan air terjun.

Dalam pada itu, polis kini sedang siasat dakwaan yang tidak benar tentang Nora Anne yang ada tersebar di laman media sosial.