Kronologi kes tembakan Setia City Mall - News Tel

Kronologi kes tembakan Setia City Mall

463 views

Pihak polis telah mengesahkan telah berlaku kes tembakan Setia City Mall, Setia Alam, Shah Alam malam semalam. 

Kejadian berlaku pada hari Sabtu 8 Februari 2025, sekitar jam 950 malam. 

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal berkata, seorang lelaki telah mengalami kecederaan akibat dari tembakan yang dilepaskan. 

Lelaki berkenaan merupakan seorang pekerja pembersihan atau cleaner, yang alami kecederaan di kakinya selepas seorang suspek melepaskan beberapa das tembakan. 

KENYATAAN POLIS  

Ekoran kes tembakan Setia City Mall, polis kini sedang memburu suspek yang telah melarikan diri. 

“Suspek dah melarikan diri selepas itu. Sehingga kini dipercayai seorang sahaja setakat ini.” 

Ketika ini siasatan sedang dijalankan dan pihak forensik sedang buat pemeriksaan di kawasan kejadian. 

KRONOLOGI KES TEMBAKAN SETIA CITY MALL 

Ketika pusat beli belah berkenaan hampir tutup, sekitar jam 9.40 sehingga 9.50 malam. 

Berlaku di aras P1, suspek secara tiba-tiba melepaskan tembakan sebanyak empat kali dan terkena seorang mangsa iaitu cleaner di bahagian kaki dan juga punggung. 

Cleaner berkenaan selamatkan diri dan masuk ke pusat beli belah untuk dapatkan bantuan. 

Suspek kemudian bergerak ke aras P2. 

Kemudian, ketika berada di aras P2, suspek melepaskan beberapa lagi das tembakan. 

Ianya mengenai tingkap tangga, dan pintu sliding door. 

Sekitar jam 10 malam, suspek kemudian menahan kereta seorang pengunjung di aras P2 dan memaksanya membawa keluar dari situ. 

Pemandu berkenaan tidak berhentikan kenderaan, dan suspek kemuian melepaskan satu das tembakan dan terkena kereta berkenaan. 

Suspek kemudian menahan sebuah lagi kereta lain, dan kali ini pemandu berkenaan terpaksa mengikuti kehendak suspek untuk membawanya keluar.  

“Saksi (pemandu kereta) didatangi suspek ketika sedang memandu di aras P2. Suspek mengacukan pistol kepadanya. Saksi terpaksa membawa suspek keluar dan suspek telah turun di Lebuhraya Shah Alam atau Kesas di susur keluar Pandamaran.” 

Pihak polis berkata lagi, kes ini sedang disiasat dengan lebih lanjut dan suspek sedang diburu. 

Untuk shopping mall Setia City Mall, pihak polis berkata, ianya telah kembali beroperasi pada hari ini, iaitu hari Ahad seperti biasa. 

Ini kenyataan penuh polis ekoran kes tembakan Setia City Mall. 

Semoga pelaku akan ditahan dengan segera. 

Latest from News


Aisar Khaled sekolahkan Ammar Nazhan

431 views

Aisar Khaled sekolahkan Ammar Nazhan ekoran video tular yang berlaku di negara jiran, Indonesia. 

Ammar dan team menjadi sebutan ramai ekoran kisah kehilangan salah seorang talent teamnya bernama Eyka ketika dalam satu projek paranormal. 

Aktiviti berkenaan berlaku di sebuah hutan di Bandung Indonesia. 

Kehilangan Eyka mendapat liputan meluas di media sehingga melibatkan pasukan polis di Indonesia. 

Namun begitu, dikatakan ianya hanya content semata mata sekaligus membuat ramai yang naik angin dan kurang senang dengan Ammar Nazhan. 

KOMEN DARI AISAR KHALED 

Aisar Khaled, influencer dan personaliti media sosial yang berjaya mencipta nama di Indonesia, akhirnya tampil memberi komen tentang kisah berkenaan. 

Katanya, sepatutnya para pencipta content berpada pada untuk mencipta sesebuah isu agak tidak keterlaluan. 

“Saya faham, content creator ni hanya nak attention. Nak banyak views, nak ramai yang tengok.” 

“Faham juga, mereka ni kadangkala dah buntu dari segi idea.  Bukan mereka tidak bagus, tetapi tak ada orang yang nasihat.” 

NASIHAT AISAR 

“Nasihat dari saya, apa yang awak buat ni betul ke atau tak betul ke, kena baiki dulu.” 

“Kalau buat content tu, awak kena fikir, apa yang dibuat tu betul atau tidak.” 

“Keduanya, kena fikir, content yang dibuat tu, adakah ada nasihat atau pengajaran. Kalau boleh content tu kena ada input nya. Dapat sesuatu.”  

“Untuk saya, semasa buat content saya hanya jadi diri sendiri, just be myself.” 

“Lebih berusia, saya jadi lebih matang. Kalau dulu dah tahu benda salah, sekarang dah tahu tu salah.” 

“Content creator ni buat, dia rasa dia betul. Sebenarnya perlu dengar pendapat dari orang lain.” 

Memang betul apa yang Aisar Khaled sekolahkan Ammar Nazhan itu.  

Patutnya boleh ambil cara Aisar mencipta nama di negara jiran sehingga diterima ramai rakyat Indonesia. 

Aisar Khaled kini dilabel influencer sultan di negara berkenaan dan ke mana saja pemuda ini pergi, akan menjadi tumpuan ramai. 

Tambahnya, dia akan gunakan peluang berkenaan untuk mengembangkan lagi kerjayanya di sana. 

Go to Top