Akhirnya Sharnaaz minta maaf pada Caprice, Ini pula respon Caprice

4,989 views

Hari ini, berlaku sedikit isu antara pelakon Sharnaaz Ahmad dan penyanyi Caprice. Semuanya bermula setelah Sharnaaz bergurau dengan Shukri Yahya, melalui satu video parody yang mana dia memakai serban dan berkata kini di Jordan. Ianya dilihat seakan memerli Caprice setelah menyebut ayat yang amat sinonim dengan Caprice iaitu Bang Bang.

Tidak hanya berdiam diri, Caprice kemudian menyelar tindakan dari Caprice itu malah melabelnya stotong dan hanya berani dari jauh.

Sharnaaz kemudian khabarnya ada membalas kembali, dan meminta Caprice datang berjumpa dengannya.

Namun petang tadi, Sharnaaz telah memuatnaik satu video baru, yang mana dia akui gurauannya itu agak keterlaluan lantas meminta maaf kepada Caprice.

Salam semua, selamat petang, semua orang pun dah tau, dari pagi tadi aku ada isu sikit dengan Caprice. Insyaallah aku dan Caprice akan selesaikan secara elok kat belakang.

Gurauan aku dari dia pergi Jordan semua sampai sekarang ni, aku rasa mungkin agak keterlaluan. Dan aku sebagai orang yang lebih matang, aku nak minta maaf pada Caprice.

Selebihnya itu, aku serahlah pada pihak Caprice dan biar aku selesaikan hal ni dia Caprice.

Video dari Sharnaaz ini dimuatnaik di laman Ig miliknya melalui Instastories. Ini video permohonan maaf dari Sharnaaz itu.

Dalam pada itu, Caprice juga dilihat telahpun menonton video permohonan maaf dari Sharnaaz itu. Nampaknya, Caprice menyambut baik permohonan maaf berkenaan. Ianya telah diterima.

Malah penyanyi ini juga berkata pun minta maaf kalau ada tersalah kata.

Welcome to Damansara Sharnaaz Ahmad. Pihak kami dah terima permohonan maaf berkenaan. Saya pun kalau ada berlebih-lebihan tadi mungkin sebab lapar dan belum lunch lagi. Insyaallah lepas habis kuarantin, kita boleh minum sama-sama.

Itulah kisahnya yang berlaku antara Sharnaaz Ahmad dan juga Caprice, selesailah sudah isu ini, semua baik-baik saja.