“I will never let you down, tak akan tinggalkan kamu Cik B” DS Vida menangis

7,783 views

Ahli perniagaan terkenal Dato Seri Vida kini sedang merancang untuk akhiri zaman solonya bersama jejaka muda bernama Ahmad Iqbal.

Dari rancangan awal, jutawan ini merancang untuk bernikah pada hujung tahun ini, mungkin pada bulan Disember.

Namun ketika ini, yang menjadi perhatian ramai ialah penerimaan dari anaknya Cik B tentang berita perkahwinan DS Vida dan juga Iqbal.

Semalam, menerusi sesi live di Instagram, ada followernya yang bertanya hal ini kepada Dato Seri Vida. “Bakpo Dato, Cik B tak setuju ke (isu nak kahwin).”

Dato Seri Vida terkedu sejenak dan kemudian menjawab bahawa anaknya itu memerlukan lebih banyak masa dan berharap akan lembut hatinya untuk menerima perkahwinannya dengan Ahmad Iqbal.

Cik B perlukan masa, boleh tak tengah duduk ni, saya nak minta doakan, insyaallah makbul. Saya harap dia ni lembut hati dalam segala urusan, jadi anak yang solehah.

Berbicara tentang anaknya itu, Dato Seri Vida dilihat telah sebak dan tidak dapat menahan air matanya dari terus mengalir.

Malah, DS Vida, berhenti seketika dan mengambil tisu untuk mengelap air matanya. Suara Vida ketika itu juga agak teresak-esak.

Setelah beberapa minit bertenang, DS Vida kembali berbicara. “Doakanlah Cik B agar lembut hati, dan jadi hebat dalam semua perkara. Maksudnya hebat berjaya, rajin, business, pandai berdikari, cantik.

Saya ini business memang banyak, empire saya ni besar. Cik B dan Kacak dua dua pun tak nak popular, nak hidup macam remaja biasa. Tapi tak boleh, you are gifted ti be somebody, gifted to be aughter of Dato Seri Vida. You have to continue my legacy.

Sambil mengalirkan air mata yang berjujuran, Dato Seri Vida berkata dia tidak pernah mahu membuat anaknya rasa down. “I wil never let you down, saya tak akan tinggalkan kamu, I love you Cik B.

Ini videonya:

Semoga segala urusan Dato Seri Vida dan juga keluarganya akan dipermudahkan.