Video menari pelakon Ruhainie dengan seorang staf penghantar barang menjadi viral beberapa hari ini. Semua sebab seluar yang dipakai oleh Ruhainies.
Pelakon ini dilihat mengenakan seluar yang teramat ketat dan ianya berwarna seperti warna kulit. Ini sekaligus membuatkan mereka yang menonton video berkenaan terkejut dengan pakaian Ruhainies itu, jelas amat tidak sopan.
Memang banyak komen dan pendapat dari netizen tentang hal ini dan rata-rata merasa mereka meluahkan rasa malu melihat seluar yang dipakai Ruhainies itu kerana agak tak sesuai.
Melihat isu ini menjadi buah mulut orang ramai, akhirnya Ruhainies tampil memberi komen. Kata Ruhainies dia tak sangka seluarnya itu akan jadi isu.
“Sebenarnya seluar saya tu berwarna pink, merah jambu, ianya bukanlah warna kulit. Kalau tengok, sebelum ni pun, penampilan saya tak ada pun keterlaluan.”
“Saya memang jaga dan ada had dalam setiap penampilan. Namun mungkin kerana video itu diedit, iainya lebih terang dan warna seluar itu pula jadi lain.”
Jelas Ruhainies lagi, dia bukannya seorang yang suka pakai pakaian yang menjolok mata dan semuanya bergantung kepada pandangan masing-masing. “Jika nampak hal itu tak positif jadi nampao tak positif lah.”
Adik kepada Nur Risteena ini telah minta maaf sekiranya ada yang rasa kurang senang setelah menonton video tersebut.
Ruhainies sentiasa terima komen tentang dirinya secara terbuka dan akan lebih berhati-hati tentang pakaiannya selepas ini.
“Saya mahu mohon maaf kalau video itu ada membutkan mereka tak selesa. Insyaallah lepas ini saya akan lebih peka tentang pakaian saya.”
“Sebenarnya saya tak ada rasa marah dan saya terima semua teguran serta komen nasihat yang baik-baik untuk saya. Apa yang baik, saya terima.”
“Akan tetapi, harapnya janganlah guna bahasa yang agak kasar untuk tegur. Kita manusia, gunalah bahasa yang lebih elok.”
Itulah komen dari Ruhainies tentang seluar ketat yang dipakai oleh dalam satu video baru-baru ini.