“Aku bukan diva, aku legend okey” ~ Kak Ogy Ahmad Daud

3,356 views

Siapa yang tak kenal dengan Fauziah Ahmad Daud atau nama mesranya Kak Ogy. BUkan setakat penlakon dan engacara terkenal, Kak Ogy juga merupakan pengarah serta penerbit yang berjaya.

Melalui satu laporan Kosmo, Kak Ogy akui dia sebenarnya tridak gemar dengan sikap sesetegah tenaga kerja di set penggambaran.

Ini kerana rata-rata mereka tidak faham kerja yang perlu mereka laksanakan.

“Saya ni orang yang kreatif. Kini masih lagi meneruskan kerjaya saya dalam industri seni. Namun saya lihat sendiri dan agak terkilan dengan budaya kerja ketika ini.”

“Rasa kecewa dengan budaya kerja belakang tabir. Mereka ni sebenarnya memang tidak faham skop kerja, dan tanggungjawab.”

“Bukan hanya pelakon akan tetapi semua tenaga kerja yang berada di belakang tabir. Contoh saya tengok penolong pengarah sekarang hanya buat jadual saja. Dah salah dah tu.”

“Jika awak berdepan dengan saya, saya akan berdebat dengan awak tentang kerja awak. Sebab kerja awak tu, saya dah buat semasa saya tuntut ilmu dengan arwah Tan Sri Jins Shamsuddin lagi. Masa tu saya disuruh tarik kabel, pasang track sendiri sebab saya nak belajar.”

“Lagi contoh ialah hal melibatkan wardrobe, ada mereka yang baca skrip tetapi ada juga yang tak baca, dan tak faham tentang watak dan warna yang tepat untuk watak tu. Ini semua memainkan perasan penting.”

“Saya tertanya apa yang mereka belajar dulu. Cukuplah semua ini. Macam manalah industri seni kita ni nak maju jika berterusasn begini.”

Oleh itu, Kak Ogy memang antara yang lantang dan mahu membetulkan semua konsep bekerja. Sebab itu juga Kak Ogy mahu buat bengkel untuk mendidik semual budaya kerja yang sebenar.

“Ada yang kata umur saya dah 60 tahun dan harap saya ni bersara. Memanglah saya tak mahu kerana saya ingin betulkan serta fahamkan tanggungjawab sebagai orang seni. Yang tak nak ikut, biarlah.”

“Memang generasi sekarang ni ada ego yang tidak bertempat. Lepas tu ada yang cakap kita pula diva. Nak saja saya cakap, aku bukan diva, aku legend okey.”

Kak Ogy Ahmad Daud kini tampil dengan filem baru berjudul Asrar, dan dalam filem ini semua tenaga kerja merupakan peserta bengkel kelolaan darinya.