“Nyanyian Iqbal kelaut, sampai Mont Kiara hujan lebat” ~ Komen pedas Caprice

4,313 views

Masih lagi dengan kisah ahli perniagaan Ahmad Iqbal yang meyertai rancangan Big Stage musim keempat.

Sememangnya ramai yang terkesima setelah Iqbal menyahut cabaran untuk sertai rancangan reality nyanyian ini.

Nyanyiannya untuk minggu pertama, membawa lagu berjudul Biarlah Bulan Berbicara mendapat pelbagai reaksi. Ada yang kata okey dan ada yang kata kurang memuaskan.

Antara yang memberi komen pedas ialah penyanyi Caprice. Bagi rapper ini, nyanyian Iqbal itu kelaut dan boleh di gred sebagai markah F. Ini komen dari Caprice.

“Marketing Astro memang A, cumanya suara Iqbal tu, bagi Caprice lah, sebagai penonton, memang kelaut. Ianya memang F, bro. Sorry, sampai Mont Kiara pun hujan lebat.”

Caprice kemudian memuji cara marketing dan pemasaran dari pihak Astro untuk rancangan Big Stage ini, apatah lagi menemukan dua individu yang viral iaitu Dato Seri Vida dan juga Ahmad Iqbal.

“Astro, Big Stage, your marketing memang super. Kalau ada exam, marketing korang memang akan dapat A plus. Kamu ada Dato Seri Vida sebagai juri, yang lately memang viral. Dan kemudian ada pula Iqbal sebagai peserta yang mengejutkan ramai di Big Stage. Dia pun always saja viral. Salute kepada Astro dan juga Big Stage.”

Jelas Iqbal, inilah reality yang berlaku sekarang ini, memang sukakan sesuatu yang viral.

“Suka atau pun tidak, inilah kehidupan reality sebenar dan juga dunia hiburan. Semua benda mesti nak ada melibatkan sosial media dan juga ada unsur viral.”

Itulah pendapat dari Caprice tentang penyertaan Ahmad Iqbal dalam Big Stage. Sebelum ini, Caprice pernah menawarkan khidmat untuk menerbitkan lagu untuk Iqbal, namun begitu, Iqbal telah menolaknya kerana terlalu mahal dan kurang sesuai dengan apa yang Iqbal mahukan.