“Alhamdulillah pregnant” ~ Elly Mazlein umum hamil anak kedua, tahniah!

5,041 views

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein telah buat satu pengumuman khas pada hari ini. Menerusi platform Instagram, Elly mazlein mendedahkan dia dan suaminya iaitu Cikgu Azlan, akan menerima kehadiran cahaya mata yang baru.

Akhirnya Elly Mazlein mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil anak kedua. Ini merupakan anak kandung yang pertama buat Cikgu Azlan. Jom baca kenyataan dari Elly Mazlein.

Bismillah, syukur padamu, alhamdulillah. Dengan izinnya, insyaallah tak lama lagi akan datanglah satu nyawa kecil dalam family kami.”

Atuk akan dapat cucu seorang lagi, Papa akan dapat seorang lagi anak manja dan kakak yang manja pula akan dapat seorang adik.”

Kakak yang manja ni nak mintak dapat adik perempuan, nak sister katanya. Mana-mana pun tak apa, hanya doakan baby nanti sihat dan segalanya dipermudahkan.”

Mama dah tak sabar nak jaga kesemua nyawa-nyawsa suri hati ni, Alhamdulillah. Terima kasih doa dari semua. Yang sentiasa ada dengan saya dari saat yang getir sampailah datangnya matahri.”

Akhir sekali, jawapan untuk segala soalan yang tanya, ye betul, Kak Lina Pompom seakrang dah pregnant, terima kasih.”

Pengumuman dari Elly Mazlein ini menerima banyak repson balas dari para followernya yang rata-rata memberi ucapan tahniah.

Tak lupa juga dari rakan artis yang turut menulis komen di laman IG milik Elly Mazlein setelah terlihat pengumuman ini.

Ini komen dari Elizad: “Syukur kakak ku. Semoga segalanya dipermudahkan buatmu. Love you kakak, Terima kasih hadiahkan supplement untuk kita. I am crying, so happy for you.”

Pelakon terkenal Fazura juga ada menulis: “Congratulations my sweetheart Elly Mazlein. Saya doakan agar dipermudahkan segalanya for you and baby. InsyaAllah mudah mudahan.”

Awal Ashaari sempat berseloroh dengan Elly Mazlein: “Pom Kebabom Alhamdulillah. Berkat borak-borak isu ni dik, akak tutup kedai. Bukak kedai baby pula, syukur buat Elly mazlein dan Cikgu Azlan”

Elly Mazlein dan Cikgu Azlan bernikah pada Januari tahun 2020. Elly Mazlein mempunyai seorang anak dari perkahwinan terdahulu iaitu anak perempuan bernama Puteri Sara Sefia, 5 tahun.