Aliff Aziz datang dan terus halang serta minta Bella Astillah gelek depan kamera

29,281 views

Aliff Aziz satu nama yang semakin mendapat tempat di hati para peminat industry hiburan tanah air. Setelah nama terpalit dengan beberapa isu sebelum ini, kini nama Aliff semakin pulih.

Tindakan Aliff Aziz yang kembali bersama isteri nya iaitu Bella Astillah dan mengambil keputusan untuk berhijrah merupakan satu tindakan yang mendapat pujian ramai.

Kemudian, penyertaan penyanyi ini di dalam rancangan Gegar Vaganza dilihat telah menaikkan semula namanya sebagai penyanyi yang hebat.

Sejak itu, Aliff dan isteri seringkali mendapat perhatian umum terutama para peminatnya.

Yang terkini, baru-baru ini Bella Astillah ada upload satu video di laman media sosial TikTok miliknya yang mana ianya memaparkan Bella mahu menari dan bergelek.

Kemudian hadirlah Aliff Aziz datang masuk ke dalam video itu lantas memegang dan menolak secara sikit saja isterinya itu ke tepi.

Aliff Aziz kemudian menunjukkan isyarat tangan yang menunjukkan jangan buat atau tak boleh buat.

Bella kemudiannya hanya duduk dan kemudian mempromosikan satu produk. Video ini telah ditonton hampir 2 juta view di akaun milik Bella Astillah.

Melalui caption, Bella menulis: “Kenapa agaknya dia ni suka sangat kacau kita.”

Ini video berkenaan.

Ternyata perbuatan Aliff yang tidak membenarkan isteri tercinta untuk bergelek itu meraih pujian dari orang ramai menonton video berkenaan.

Rata-rata setuju tindakan Aliff Aziz yang menghalang isterinya dari terus bergelek depan kamera untuk content.

Ini antara komen dari orang ramai tentang video ini.

Ha macam gini lah suami yang mahu menjaga batas isterinya di laman media sosial. Memang terbaik Alif, semoga akan terus istiqomah untuk mendidik isteri dan juga keluarga tersayang.” Tulis satu akaun.

Satu lagi akaun lain menulis: “Mendidik secara lembut. InshaAllah semoga satu hari Bella pun akan berubah kearah kebaikan.

Ye, nampak comel mereka berdua ni. Tak apa, slowly untuk berubah. Sweet je tengok.

Semoga bahagia selalu buat Aliff Aziz dan juga Bella Astillah.