Fizi Ali kini sedang kenali hati budi seseorang

1,788 views

Penyampai radio Fizi Ali telah pun berpisah dengan pelakon Shakilla Khoriri pada hujung tahun lepas.

Sememangnya ramai juga yang tak menyangka hubungan mereka telah retak dan kini telah pun berakhir.

Sudah hampir lima bulan hidup single, Fizi Ali akui kini sedang mengenali hati budi seorang wanita. Apapun buat masa sekarang mereka belum lagi ke fasa yang serius, masih dalam fasa berkawan.

“Kalau tanya jujur, ye betul, memang saya sedang kenali seseorang. Namun buat masa sekarang takdelah serius, kami tak pernah declare ke fasa seterusnya, masih dalam fasa berkenalan, dan bersembang-sembang.”

“Jika ada jodoh dengan wanita ini, saya hanya berdoa saja untuk yang terbaik. Tapi memang belum lagi ke fasa yang serius, apatah lagi hati saya masih lagi kosong sebab dah berjauhan dengan anak.”

Tentang identity wanita berkenaan, Fizi Ali berkata dia bukannya orang dari industry seni.

“Dia hanya orang biasa saja bukannya kerja di industri seni. Cumanya, identity wanita ini atau macam mana boleh kenal dan di mana kami kenal, hal macam ni biarlah rahsia.”

“Tapi ini bukannya rebound. Kalau nak ke fasa seterusnya, alhamdulillah. Namun apa yang saya ada sekarang hanya kerja dan juga kawan.”

Pertanyaan sama ada dia dan bekas isteri iaitu Shakilla ada harapan untuk rujuk, jelas Fizi dia tak tahu apa yang akan terjadi di masa depan.

“Tentang isu kembali bersama dan sebagainya, saya pilih nak fokus kepada plan saya untuk masa depan berbanding terus menoleh ke belakang. Kalau boleh, saya tidak nak dah toleh kisah yang dah lepas.”

“Namun sebagai manusia kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Itulah jawapan saya tentang hal ini.”

Selain itu Fizi Ali akui memang ramai yang DM dirinya di laman media sosial setelah berpisah dengan Shakilla Khoriri.

“Lepas berpisah ramai yang hantar mesej di Instagram. Ada yang muda, tunang orang dan isteri orang pun ada. Lebih mengejutkan, dari golongan lelaki pun ada.”

“Mereka mesej saya untuk berikan kata-kata semangat dan ada yang mahu jadi diri tempat saya luahkan perasaan.”

“Antara komennya macam ni Fizi jangan bersedih, saya kan ada.”

Itulah komen dari Fizi Ali.