Nama yang seringkali terjebak dengan pelabagi isu viral, siapa lagi kalau bukan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri. Macam hal yang berlaku dalam kehidupan jutawan ini.
Kali ini ada satu lagi isu yang timbul pula. Aliff Syukri telah menerima pelbagai komen yang tak setuju dengan tindakannya apabila dia upload video rakan yang juga seorang yang amat popular iaitu, Nur Sajat, video itu menunjukkan Sajat sedang bergelek/menari sakan.
Video berkenaan nampaknya telah menerima perhatian dari pendakwah bebas yang juga popular di Malaysia iaitu PU Amin yang tampil menjelaskan hukumnya sebagai haram jika tonton video Sajat itu, kerana baginya video itu mampu merosakkan akhlak apatah lagi remaja yang mudah terpengaruhh.
Ini komen PU Amin: “Ramai Direct Mesej sya tnya ap hukm nya tengok Sajat gelekk. Saya kata Haram. Jelas, terang dan nyata Haram.
“Mnta maaf Dato. Sya mungkn tk kaya mcam Dato dn tk layk utuk nasihat Dato. Tpi prkara ni tk boleh berulang lagi. Sya tahu Dato nk promosi lgu Dato. Saya hrp Dato fham.
“Sya tk nk ank bngsa dirosakkan dgan video yang meroskkan akhlaak ank kita. Semoga Allah muliakan Dato.
“Semoga Music Video Dato bebas dari unsur yng tak baik. Semoga Allah pelihara Dato sekeluarga. Ya Allah! tunjukkan pada kami jalan kebenaran , dan beri kekuatan pada kami untuk menegakkan kebenaran.”
Dah lali dengan pelbagai isu viral, macam biasalah, Dato Seri Aliff Syukri tak akan hanya senyap dan berdiam diri je. Kali ini, Aliff telah luahkan rasa hatinya tentang komen dari PU Amin itu malah telah menggelar PU Amin sebagai seorang yg poyo. Aliff juga nak jumpa PU Amin dan bincang dengannya.
Ini komen Aliff Syukri: “Poyoyoo jum jumpa bincang baik”
Perkara ini lantas dilihat sebagai satu yang amat tak bagus oleh para netizen. Ramai mengatakan Aliff Syukri sebagai tak ada adaab dan seorang yang tak dapat nak terima teguran. Apatah lagi Alif yang buat hal apabila muatnaik video Sajat tu.