Aliff Syukri nak buat konsert

2,475 views

Mempunyai beberapa buah lagu lengkap dengan muzik video lagu, ahli perniagaan yang mempunyai status selebriti iaitu Datuk Seri Aliff Syukri semakin bersemangat untuk mewarnai industry seni.

Lagu nyanyiannya sering kali mendapat perhatian ramai, dan semuanya menerima views yang amat banyak di laman media sosial. Seyiap kali muzik video keluar, semua tontonan mencecah berjuta juta views.

Ini memang satu angka yang amat memberangsangkan, sungguhpun ianya menerima komen yang kurang baik dari orang ramai.

Namun melihat angka tontonan yang mendapat sambutan, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnbya untuk membuat konsert kepada para peminat.

Bagi Aliff, muzik video nyanyiannya tak pernah mengecewakan dan itu menandakan dia mempunya fan base yang amat kuat.

“Nantikan konsert dari Aliff Syukri Terlajak Laris. Oleh kerana semua lagu saya menerima views sehingga berjuta-juta. Itu seklaigus telah menjadi tanda bahawa saya ni memang ada banyak peminat. Hal ini anda tak boleh nak nafikan. Oleh kerana itu saya dah rancang nak buat konsert dan kini tengah cari penaja.”

Aliff Syukri turut mendedahkan di mungkin akan melatakkan range harga bermula dari RM150 dan paling mahal mungkin mencecah RM10ribu, dan orang yang membayra tiket mahal itu akan dapat duduk depan pentas dan beramah mesra dengannya.

“Harga tiket konsert tu, sorang paling murah dalam RM150 kemudian yang paling mahal dalam RM10ribu. Yang ni bolehlah duduk depan pentas dengan saya, sama-sama menyanyi live dan ambil gambar dengan saya sambil dengar lagu saya. Siapa nak beli tiket saya kena booking awal-awal takut nanti akan habis sold out.”

Impian dan entry dari Aliff Syukri ini mendapat reaksi yang pelbagai dari para peminat serta pengikutnya. Ramai yang terhibur dengan tahap keyakinan yang tinggi yang dimiliki oleh Datuk Seri Aliff Syukri sehingga mampu memasang impian masu membuat konsert dan menyanyi secara langsung.