“Tinggal tulang” Semakin uzur, ini keadaan terkini Hamid Gurkha di usia 90 tahun

9,702 views

Pelakon Hamid Gurkha kini berumur 90 tahun dan telah menerima dugaan setelah disahkan positif covid dua bulan yang lalu. Selepas positif itu, Hamid Gurkha kini hanya terlantar di atas katil saja.

Menerusi laporan Berita Harian, Hamid Gurkha masih lagi mampu melayan kunjungan tetamu yang hadir ke rumahnya, namun meamng dalam keadaan sedikit lemah.

Hamid juga mempunyai masalah pendengaran namun tidak ada sebarang penyakit yang kronik.

Ditanya tentang keadaan kesihatan, Hamid Gurkha masih lagi boleh menjawab.

“Syukur, alhamdulillah, saya masih sihat. Tak ada sakit, namun kesihatan dah merosot dan sekarang ni badan dah tinggal tulang. Saya tak tahu berapa lama dah terbaring. Tapi saya puasa tak tinggal.”

Isteri kepada Hamid Gurkha iaitu Timah Abdul Hamid, 80 tahun, memberitahu, suaminya itu masih lagi boleh berjalan ke bilik air bahkan masih lagi mampu solat.

“Suami saya masih lagi boleh bangun, boleh jalan ke bilik air, dia pun boleh solat di kerusi. Cuma, meamng kadangkala agak sukar nak imbangkan badan.”

“Dia memang tak ada penyakit kronik. Kini dia cuma uzur sebab dah tua. Sebelum ni pun, suami masih boleh memandu.”

“Kesihatan suami semakin merosot selepas dia dah positif pada bulan Februari lepas. Masa tu selera dia memang berkurangan. Dia pun tak dapat nak cakap banyak sebab senang penat.”

Di hari raya ini, Hamid Gurkha seronok kerana anak-aank dapat pulang ke rumahnya. Anaknya juga tinggal berdekatan saja.

“Suami memang suka sebab dapat tengok anak-anak berkumpul, mereka pun tinggal tak jauh. Sempena sambutan Aidilfitri, semua kumpul di rumah ini.

“Alhamdulillah, anak tinggal berdekatan. Kalau ada apa-apa, senang nak hubungi.”

Dalam pada itu, salah seorang anak Hamid Gurkha iaitu Nor, memberitahu, bapanya itu memang gigih berpuasa.

“Abah tak mahu tinggal sehari pun puasa. Kami ada kata abah tak berpuasa pun tak apa sebab keadaan sangat uzur, tapi, baginya itu merupakan saham akhirat. Abah cakap, kalau nyawanya ditarik, biar dia pergi dalam keadaan sempurna iman.”

“Masa puasa ada bawa abah pergi klinik sebab cirit birit. Doktor minta buka puasa tapi abah sampai menangis tak mahu berbuka.”

Nor berkata sepanjang hidup, Hamid Gurkha memang seorang yang amat menjaga makan dan juga seorang yang aktif.

Anak-anak juga tak menggalakkan Hamid Gurkha untuk terus berlakon dan kali terakhir berlakon adalah pada tahun 2019. Sama-sama kita doakan agar pak Hamid Gurkha terus sihat, amin.