“Suka hati dialah, kau pehal, dia bini aku kot” Dato Fazley Yaacob naik angin

4,045 views

Sebagai seorang artis dan juga public figure, dah tentu semua hal akan diperhatikan orang. Ini termasuk juga dengan ahli keluarga termasuklah pasangan dan juga anak-anak/

Ini yang terjadi kepada penyanyi, pelakon dan chef selebriti, Dato Fazley Yaacob apabila hal family nya telah jadi bahan bualan.

Kali ini Fazley ternyata naik angin dan sekolahkan netizen yang mengata ahli keluarganya.

Semuanya bermula apabila ada individu yang mempersoalkan tindakan isteri kepad Dato fazley yang dilihat telah menindik di bahagian hidung.

Tulis netizen: “Menindik hidung tak tahu nak komen, untuk cantik ke. Anak dah ramai, pakai kat telinga dah le.

Ini pula balasan Fazley: “Suka hati dialah, kau pahal, itu isteri aku kot. Pergi jauh, jangan sibuk.

Kemudian dengan panjang lebar, Dato Fazley terus menulis luahan hati dan mengatakan rasa kurang senang dengan mereka yang sering memberi komen yang kurang baik kepadanya dan juga family.

“Kadangkala saya tak faham jenis orang yang ingat mereka ni ada hak untuk komen secara sinis macam ni. Saya maafkan tapi kali ni saya membalas sikit dengan cara kasar dan dengan cara yang kurang adab pula. Nak tengok apa reaksi tuan yang komen.”

“Kalau ikutkan saya akan padam dan sekat saja. Namun ni kali saya bagi orang lain baca juga.”

Fazley juga mengatakan memang ramai saja golongan selebriti yang menerima komen sedemikian dari netizen.

“Sebenarnya bukan saya saja, tapi ramai selebriti yang terkena komen macam ni. Contoh pakailah tudung, tutup leher, jangan peluk pasangan, jangan senyum lah, tanya mengandung terus lepas baru saja nikah, cara pegang anak, kena pakailah baju longgar, makan chopstik tak boleh.”

“Hebat betul orang yang tulis komen ni. Macam mereka paling sempurna. Mereka ni dahagakan perhatian dan kasih sayang. Selamat hari raya.”

Itulah luahan dari Dato Fazley Yaacob.