Anak Ali Puteh disahkan meninggal dunia, ini luahan Ali

9,435 views

Satu berita yang mendukacitakan baru diterima apabila anak kepada pelawak popular iaitu Ali Puteh disahkan telah pergi buat selamanya pada hari ini.

Beritaa yang amat sedih ini diberitakan sendiri oleh Ali Puteh menerusi satu entry di laman media sosial Instagram miliknya pagi tadi. Ini luahan hati Ali Puteh tentang berita ini.

“Salam semua, nak bagitau pada semua anak saya sharifah nur ainul mardhiah dah kembali kepada penciptanya. Sedekah alfatihah buat anak syurga ini. Tunggu walid dan ibu disana. Tidur lah sayag. Rehat lah syg. Syurga tempat kamu sayang! Allahuakbar.”

Sementara itu, Abam Bocey iaitu abang kepada Ali turut bersedih mendengar perginya anak buahnya itu. Ini tulis Abam: “Tidur lah sayang. Al Fatihah utkmu sayang”

Salam takziah diucapkan buat Ali Puteh sekeluarga tentang berita ini.

Sebelum ini, untuk pengetahuan, anak kepada Ali Puteh itu ada masalah jantung dan kemudiannya telah menerima rawatan. Dikhabarkan doktor memberitahu anaknya ada masalah injap terbalik.

Anak Ali Puteh itu telah jalani pembedahan jantung untuk betulkan kembali injap jantung namun kemudian setelah 12 jam pembedahan, anak kecil itu telah terkena komplikasi dari pembedahan itu sekaligus, menyebabkan paru-paru ada kuman dan jadi lemah.

Ali Puteh yang merupakan peserta Maharaja Lawak Mega bersama kumpulan Puteh, sebelum ini ada telah memberitahu bahawa keadaan anaknya selepas operation itu hanyalah 50-50 sahaja.

Lebih disayangi Tuhan, anak ini akhirnya pergi buat selamanya dan berangkat menemui Illahi di syurga.

Di ruangan komen ramai yang menulis ucapan takziah buat Ali Puteh sekeluarga. Ramai yang sayu mendengar berita yang amat sedih ini. Semoga Ali Puteh dan keluarga termasuk Abam Bocey iaitu abang Ali, terus tabah dengan dugaan ini.

Untuk pengetahuan, Ainul merupakan anak kedua Ali Puteh. Ali ada seorang lagi anak yang kini dah pun berumur 2 tahun.