“Anak-anak dengan saya” Ini kenyataan Nad Zainal tentang perpisahan dengan bekas suami

6,206 views

Ini berita terbaru tentang pelakon jelita Nad Zainal. Di usia sudah masuk 32 tahun, pelakon ini mengesahkan dirinya dah pun berpisah dengan suami Faliq Amiruddin baru-baru ini. 

Tujuh tahun berkahwin, Nad Zainal kini kembali solo dan tidak lagi bersama Faliq. 

Namun begitu, Nad Zainal tidak memberitahu tarikh perpisahannya dan tak mahu mengulas tentang puncanya. 

Bagi Nad Zainal, keputusan yang dibuat ini satu hal yang sukar untuk dilaluinya. 

“Saya sekarang ni baik-baik saja.” 

“Yes benarlah, kami berdua sudah pun berpisah dan bercerai, baru-baru ini. Keputusan perpisahan ini dibuat bersama, dengan kata sepakat kami berdua.” 

“Apapun saya mahu memohon maaf, kami berdua dah setuju tak mahu cerita lebih detail, maaf ye.” 

Itulah kata-kata dari Nad Zainal. Jelasnya lagi, dia hanya mahu mengumumkan statusnya yang terkini agar nanti tak timbul cakap-cakap orang. 

“Cukuplah saya beritahu status saya yang terkini. Saya kena menjelaskannya supaya tak mengundang fitnah kelak.” 

Kata Nad Zainal lagi, dua orang anaknya kini tinggal bersamanya, dan Nad mahu fokus dengan kerjayanya saja. 

“Sekarang dua anak-anak ada dengan saya. Hubungan dengan bekas suami juga baik. Hubungan kami okey, kami masih lagi berkawan baik untuk anak-anak kami.” 

“Saya nak fokus kerja. Apa yang jadi keutamaan, saya kena kuat untuk terus survive besarkan dua anak dan biasakan diri dengan status sebagai seorang ibu tunggal.” 

Untuk info, Nad Zainal dan Faliq berkahwin pada tahun 2015 dan mereka mempunyai dua orang anak. 

Yang sulung bernama Fahad, dah masuk ke umur 6 tahun, manakal yang bongsu bernama Budi, setahun umurnya. 

Takziah diucapkan kepada Nad Zainal dan juga Faliq, semoga semua urusan akan dipermudahakn buat kedua mereka.