Anak Pendakwah Terkenal Kantoi Buat Aksi Dengan Kekasih?

7,171 views

Kini hangat diperkatakan tentang video menunjukkan seorang pelakon sedang meningkat naik namaya buat satu adegan mesra dengan seorang wanita.

Apa yang membuatkan ianya jadi hangat dan bualan orang ramai ialah pelakon berkenaan merupakan anak kepada pendakwah terkenal di Malaysia.

Ini membuatkan ramai tertanya, betulkah itu memang anak kepada pendakwah berkenaan.

Jika dilihat dari video berdurasi 26 saat yang telah dimuatnaik di satu akaun TikTok itu, wajah lelaki itu memang mirip sekali umpama pelakon tersebut.

Dan video itu menunjukkan kemesraan antara seorang pemuda dengan seorang wanita yang tidak bertudung dengan adegan yang agak berlebihan juga.

Dari komen serta laporan beberapa portal, khabarnya wanita berkenaan dipercayai kekasih hati kepada pelakon tersebut.

Sebelum ini memang ada gambar antara pelakon berkenaan dengan kekasih hatiny aitu, meamng mirip juga wajahnya.

Dari caption yang digunakan pakai, menerusi laporan Mstar, memang ada juga memetik nama pelakon berkenaan.

Sehingga kini, semua media masih tidak mendapat jawapan atau kenyataan rasmi dari pelakon yang kini berumur 29 tahun itu.

Selain itu, percubaan beberapa pihak media untuk mendapatkan kenyataan dari ayah pelakon tersebut iaitu pendakwah terkenal berkenaan juga tidak berjaya dan tidak dijawab setakat ini.

Sebelum ini, pelakon berkenaan pernah terpalit dengan isu apabila dia dikatakan ada membuat adegan memeluk seorang wanita namun menafikan hal berkenaan dengan mengatakan ianya sebenarnya lelaki.

Untuk info, pendakwah berkenaan sebelum ini memang lantang dan seringkali memberi respon tentang beberapa isu yang pernah viral termasuklah kes melibatkan pelakon terkenal tanah air iaitu Zul Ariffin dan isu kumpul pahala yang pernah terpalit dengan Datuk Siti Nurhaliza tak lama dulu.