“Wanita itu dah kahwin” Sufian Suhaimi jelas siapakah wanita yang makan bersamanya

1,375 views

Sebelum ini telah tersebar satu video yang menunjukkan Sufian Suhaimi sedang makan dengan seorang gadis bertudung di sebuah restoren.

Dapat dilihat wajah Sufian Suhaimi betul-betul macam bahagia sangat. Ini sekaligus membuatkan ramai nak tahu siapakah gerangannya gadis bertudung itu, siapa makan bersama Sufian tu.

Akhirnya setelah beberapa hari mendian diri, kini Sufian tampil memberi jawapan.

Sufian akhirnya menjelaskan bahawa wanita dalam video itu merupakan wanita yang kini menguruskan kerjayanya.

Mereka makan bersama setelah ada jalani penggambaran untuk satu content video di Pulau Pinang. Ini komen Sufian kepada portal Metro.

“Wanita berkenaan merupakan pengurus saya di syarikat rakaman Rusa Music. Selepas saya jalani penggambaran, kami pun pergilah makan. Itu satu situasi yang normal. Pengurus saya itu juga sudah berkahwin sebenarnya. Suaminya pun faham sebab dia bukan hanya menguruskan saya saja. Saya pun bukan hanya ada seorang pengurus saja dalam syarikat rakaman itu, tapi ada empat orang pengurus. Kami ni dalam tu macam satu family besar.”

Ditanya adakah dirinya terkilan dengan penyebaran klip berkenaan, Sufian memberitahu dia tak ada rasa sebegitu sebaliknya terharu.

“Setelah video itu viral, saya tak ada nak rasa naik angin ke, sebab memang perasan juga individu tu rakam kami. Cara dia pegang phone pun saya tahu.”

“Dia pun ada tanya sama ada wanita yang merupakan pengurusn tu merupakan teman wanita saya. Saya tak salahkan dia pun, saya okey saja.”

“Terharu juga ada lagi ornag yang masih ambil berat kat saya ni.”

Selain itu, tentang pasangan kekasih hati, Sufian menyatakan dia kalau ada jalinkan hubungan dengan seseorang, Sufian Suhaimi tak akan sorokkan pun. Sufian Suhaii akui diriny akini masih lagi mencari dan belum temui gadis idaman hati.