“Baby girl” Elfira Loy selamat lahirkan baby kedua, terus tayang wajah baby

4,122 views

Semalam Elfira Loy telah masuk ke labor room, di hospital kerana sudah berada dalam keadaan labour untuk bersalin. Sekitar waktu petang Elfira Loy ada update dia sedang menunggu waktu dan rasa sebak ketika membaca komen semangat dari para netizen dan peminat yang sentiasa mendoakan dirinya.

Pelakon berumur 28 tahun ini akui dia ada rasa tak senang duduk ketika menunggu waktu nak bersalin.

“Sebak saya baca semua doa yang dikirimkan. Saya masih dalam labor room sekarang ni, memang restless sikit tetapi dengan izin Illahi semoga dipermudahkan semuanya.”

Akhirnya beberapa jam kemudian, ketika jam tepat menunjukkan waktu 1827 bersamaam 627petang, Elfira Loy selamat melahirkan anak keduanya.

Kali ini Elfira Loy selamat bersalin anak perempuan, baby girl. Elfira dan suami Faris Khairol Anuar memilih untuk terus upload separuh wajah anaknya yang baru lahir itu.

“My baby princess, hari Jumaat, tarikh 20 May 2022, jam 1827.”

Elfira juga menulis kagum dan sayu melihat suaminya sentiasa berada di sisinya ketika proses kelahiran. Suaminya merupakan individu yang menyambut kelahiran anak keduanya ini.

“Saya ada bayak gambar, tetapi gambar ini, gambar yang dimuatnaik ini, saya paling suka. Ayah memang superhero. Sebak dan sayu mommy tengok ayah sambut awak sendiri ketika mommy push kamu. Pengalaman yang amat bermakna.”

Sementara itu suami kepada Elfira Loy iaity Khairul Faris Anuar ada muatnaik caption ini.

“Syukur alhamdulillah. My wife dah selamat lahrkan anak perempuan kami hari ini, pda tarikh 20 Mei. Terima kasih semua ucapan yang amat baik dan sweet sekali. Semoga puteri kami ini akan membesar dengan sekadaan sihat dan baik serta gembira selalu.”

Di ruangan komen, ramai yang memberi ucapan tahniah termasuklah rakan artis. Antaranya ialah Ika Nabela, Siti Saleha, Daiyan Trisha, Uyaina, Nabila Razali, Mira Filzah dan ramai lagi.

Ini beberapa foto Elfira dan baby girl, anak keduanya itu.

Tahniah diucapkan kepada Elfira Loy dan juga suaminya di atas kelahiran anak kedua ini, baby girl.