“Analogi swimming pool tak tepat” Shahrol Shiro tak setuju dengan Dato Afdlin Shauki

3,952 views

Dato Afdlin Shauki ada meluahkan pendapatnya tentang kelab komedi yang ditutup sementara setelah wanita bernama Amy atau Siti Amira Natasha, yang buat persembahan viral baru-baru ini.

Jelas Afdlin Shauki, dia tak setuju kelab komedi itu ditutup, memandangkan pihak penganjur tidak tahu content yang akan dibawa oleh Amy itu.

Afdlin berpendapat, dalam hal ini bukan tempat yang salah tetapi ianya salah wanita itu.

Malah Afdlin berkata dan memberi analogi, kalau perenang buat silap, takkan mahu tutup swimmping pool pula.

Menjawab kenyataan dari Afdlin itu, rakan pelawak iaitu Shahrol Shiro tampil menyatakan pendapatnya pula.

Shahrol ternyata tidak bersetuju dengan Dato Afdlin Shauki dan menyatakan bahawa ada sebabnya kenapa kelab itu ditutup.

Jelasnya lagi, ianya ditutup sementara saja untuk buat siasatan lanjut.

“Salam bang Afdlin Shauki. Penutupan sementara kelab komedi itu ada betulnya juga sebab nak membantu siasatan ekoran isu yang sedang hangat ketika ini.”

Shahrol Shiro ada memberi dua point tentang isu ini iaitu kenapa pihak kelab komedi itu tak terus naik ke pentas dan hentikan persembahan wanita berkenaan on the spot. Dan satu lagi bertanya adakah kelab komedi itu pernah membiarkan saja banyak lagi show sebelum ini, yang mempunyai content tidak wajar seperti sedemikian.

“Ada dua persoalan yang bermain difikiran iaitu pertamanya, penganjur dan pemilik tempat berkenaan mempunai hak untuk menghalang sesuatu persembahan.”

“Jikalau ianya melanggar batasan mengapakah penganjur tak terus naik ke atas pentas dan hentikan persembahan serta merta. Dapat melihat seolah penganjur bagai meraikan content komedi itu.”

“Keduanya, adakah sebelum ini pihak penganjur pernah melepaskan kandungan sebegini sebab mungkin akan ada beberapa video lain.”

“Oleh itu, bagi saya lebih baiknya kelab ini ditutup sementara untuk membantu siasatan.”

Selain itu, Shahrol Shiro juga memberi input bahawa analogi yang diguna oleh Afdlin berkenaan swimmping pool adalah tidak tepat.

“Untuk analogi swimming pool itu agak kurang tepat diguna pakai untuk kes ini. Ada masa kita bangkang dan ada masa kita bertenang untuk seketika.”

“Bersama sama kita lahirkan pelawak di Malaysia ada pemikiran yang cerdas serta mempunyai kelas tersendiri.”

Itulah pendapat dari Shahrol Shiro dan Afdlin Shauki tentang kes wanita bernama Siti Amirah Natasya atau Amy ini.