“Semoga anak kami sembuh” Harris Alif sahkan baby Evie masuk hospital, ini puncanya

7,914 views

Ini sedikit perkembangan terkini tentang anak selebriti Harris Alif dan Intan Ladyana iaitu baby Evie Khadeeja.

Melalui satu hantaran dan posting di Ig story, pelakon Harris Alif memberitahu bahawa anak sulungnya itu kini telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta sejak beberapa hari lalu.

Dikatakan anaknya itu tidak sihat dan kini sedang menerima rawatan.

Dalam satu video terbaru di IG story, Harris Alif menerangkan bahawa anaknya itu telah demam dan apabila dibawa ke hospital disahkan kena jangkitan virus.

Pihak hospital Prince Court telah membuat ujian swab dan mengesahkan bahawa Evie Khadeeja positif untuk RSV virus.

Namun jelas Harris, anaknya itu kini dalam keadaan yang stabil.

“Sebenarnya Evie dia kena RSV, dah buat swab test dan memang positif, tetapi yang baiknya, dia punya symptoms tu tak adalah teruk sangat.”

“Sekarang ni dia ada cough, flu, demam pun on off, tapi apapun nampak dah makin okey.”

Harris kemudian berterima kasih kepada semua yang prihatin dan memberi mesej tentang keadaan anaknya itu.

“Terima kasih banyak kepada semua yang ada mesej dan mendoakan Evie Khadeeja.”

Untuk hari raya aidiladha kali ini, Harris Alif, Intan Ladyana dan Evie Khadeeja telah beraya di hospital Prince Court saja.

Kedua dua pasangan suami isteri ini ada muatnaik gambar raya mereka di dalam wad.

Dari caption Harris dan Intan Ladyana berkata anaknya itu memang tak ada mood sangat.

“Selamat hari raya Aidil Adha semua, Evie ni memang tak ada mood tu sebab kena raya dalam wad hospital.”

Untuk yang tidak tahu, RSV ialah jangkitan kuman virus Respiratory Syncytial Virus, yang merupakan satu jangkitan di paru-paru atau bahagian pernafasan.

Sama-sama kita doakan baby Evie Khadeeja, anak sulung Harris Alif dan Intan Ladyana ini cepat sembuh, amin.