Penyanyi Elyana diketahui kini telah pun dalam proses pulih dari barah. Namun baru-baru ini Elyana dilihat telah meluahkan sesuatu, bagaikan dalam kesedihan pula.
Elyana 32 tahun, menyatakan sesuatu tentang berpura pura konon dirinya kuat dan merasa tidak bahagia selain tidak mahu dijadikan role model atau sumber inspirasi orang lain. Penyanyi ini meluahkan rasa yang terbuku ini melalui satu siaran live.
“Selama ini orang ingat saya ni seorang yang amat kuat, tetapi sebenarnya tidak pun. Selama ini saya hanya berlakon untuk menjadi kuat. Sebenarnya saya tidak kuat pun.”
“Kepakaran saya ialah berlakon, jadi saya hanya menunjukkan bahawa saya ni kuat dan bahagia, walhal sejujurnya saya tidak kuat dan bahagia.”
“Kepada sesiapa yang jadikan saya jadi contoh, dah sudah boleh lupakan saja. Dah penat saya berpura-pura dan tak tahu nak buat apa lagi.”
Elyana secara terbuka ada mendedahkan dia amat kecewa dengan individu dikalangan ahli keluarganya yang tak memberi sokongan kepadanya.
“Tak boleh hidup seperti ini. Sama ada saya lari jauh-jauh atau telan saja semuanya. Tak ada orang cuba faham.”
“Saya tahu perasaan orang yang nak tahu lebih kuat dari mereka yang cuba nak memahami. Saya pun nak bahagia, tetapi ada yang masuk campur, saya penat sebab cuba untuk kuat dan sembuh, untuk jadi seoang yang positif.”
“Namun orang sekeliling ini yang mahu menjatuhkan saya.” itu antara luahan Elyana.
Penyanyi ini juga ada berjumpa dengan pakar tenatng isunya ini.
“Betul, saya sudah ada pergi berjumpa dengan psychiatrist, tetapi nampaknya masih tidak jumpa jalan keluar.”
“Saya dah tak ada keinginan lain, sungguhpun saya pergi ke tempat yang menarik dan best, namun jiwa saya tetap tak ada bahagia.”
Dalam satu sesi live yang lain, Elyana juga ada merancang untuk pergi naiki kapal terbang.
“Saya nak pergi malam ini juga, nak cari semula siapa diri saya, saya nak cari ketenangan saya.”
Itulah antara kata-kata dari Elyana yang membuatkan ramai tertanya apa yang terjadi kepada penyanyi ini sebenarnya.