Atikah Suhaime pelik posting di Ig tak banyak like, walau ada sejuta follower

3,123 views

Atikah Suhaime boleh dikatakan satu nama yang cukup terkenal juga dalam industry seni tanah air ini.

Malahan Atikah sudah ada peminatnya yang tersendiri dan mempunyai satu juta follower di laman Instagram antara bukti namanya memang popular.

Namun Atikah Suhaime ada bertanya satu soalan yang mana dia musykil, kenapa laman Instagram miliknya itu tak berapa mendapat sambutan.

Pelakon berasal dari Singapura itu berkata, dia rasa pelik macam mana walaupun ada sejuta follower, tetapi setiap post hanya sedikit yang like dan memberi respon.

Luahan ini dibuat oleh Atikah Suhaime melalu satu post di Ig story miliknya baru-baru ini.

Saya punya akan Instagram algoritma dilihat seperti amat pelik. Ini kerana saya ada sebanyak satu juta followers namun mana semua likes dan viewers saya.

Boleh tak seseorang terangkan kepada saya kenapa berlaku seperti ini. Ini nampak teruk sangat seperti saya ni dah beli follower.

Saya naikkan akaun ni sedikit demi sedikit sejak 9 tahun lalu, sejak aktif di dunia hiburan. Adakah semua yang follow saya ni hanya ghost followers.

Atau, adakah saya tak buat video. Atau adakah saya kena buat aksi comel saja sepanjang masa dua puluh empat jam.

Luahan dari Atikah Suhaime ini mendapat pehatian dari rakannya pelakon Afifah Nasir.

Jelas Afifah, memang benar bahawa kadangkala, ada follower yang suka dengan aksi menari dan tayang asset.

Poor girl, menyedihkan namun ianya memang betul. Engagement boleh jadi sangat aktif jika tayang video atau tayang asset. Orang kita memang macam tu. Awak juga kena act jadi comel untuk mereka hargai. Bakat mereka tak hargai sangat.

Itulah luahan dari Atikah Suhaime tentang engagement akaun Instagram miliknya yang kurang aktif. Mungkin Atikah boleh buat strategi lain seperti buat live interaction dengan fan atau buat video pendek yang lawak.