Azah Aziz kenal suami ketika umur 19 tahun, sudah 28 tahun kahwin

6,390 views

Nama pelakon Azah Aziz pernah menjadi fenomena tak lama dulu. Sekitar tahun 90an, wajah pelakon kecil molek ini sering terpapar di kaca television. 

Lakonan yang hebat dan berkualiti, ramai penerbit mahukan Azah Aziz sebagai pelakon utama. 

Namun kerjayanya sebagai pelakon tidak berpanjangan apabila Azah Aziz mengambil tindakan drastik apabila berkahwin awal dengan suaminya Daud Leroy pada tahun 1994. 

Apabila berkahwin dengan Daud Leroy, Azah Aziz terus saja mengikut suaminya itu menetap diluar negara. 

Azah Aziz tinggal di France, London dan kemudian yang terkini di Montreal, Canada. 

Pelakon yang kini berumur 50 tahun berkata, dia mengenali suaminya ketika di umur 19 tahun, suaminya ketika itu berumur 25 tahun. 

Azah Aziz dah kenal suami selama 31 tahun dan dah berkahwin selama 28 tahun lamanya. 

Pasangan ini menyambut anniversary ke 28 tahun pada Januari 2023 yang lalu. 

“Kami bertemu tarikhnya 14 Februari than 1992. Masa tu umur saya 19 tahun dan dia pula umur 25 tahun.” 

“Tahun ni dah masuk 31 tahun kami bersama. Hari ini amat istimewa buat kami dan sentiasa kekal di hati dan jiwa saya sampai selama-lamanya.” 

 “Secara tiba-tiba terasa jiwang pula dah tua.” 

 Azah Aziz turut memuatnaik foto bersama suaminya ketika bertemu, dan ketika bernikah. 

Ini beberapa foto pasangan ini.  

Berjaya menempuh bahagia selama 28 tahun lamanya, Azah Aziz berkata antara yang paling utama ialah mengetepikan perasaan memikirkan diri sendiri saja, kena bertoleransi. 

“Setiap pasangan ada liku perkahwinan mereka. Mana ada yang sempurna, saya juga ada menempuh banyak cabaran sepanjang 28 tahun bersama.” 

“Semua akan rasa dugaan dan cabaran itu, namun terpulang cara macam mana nak selesaikan hal tersebut.” 

“Kalau ada sebarang isu tu, kena bincang elok-elok, letaklah keegoan tu ketepi, fikri dengan tenangm fikri anak-anak. Perkahwinan ni tentang diri kita, pasangan kita dan juga anak-anak kita.” 

Sepanjang 28 tahun berkahwin, Azah Aziz kini dianugerahkan tiga orang anak, semuanya lelaki. 

Anak-anaknya bernama Aaron, Ryan dan juga Justin, semuanya dah meningkat remaja. 

Diimbas kembali, Azah Aziz mula menceburi bidang lakonan setelah menyertai pertandingan Dewi Remaja edisi 1987.