Azwan Ali gagal kawal emosi, Ziana Zain mengalir air mata secara live

6,562 views

Pengacara Azwan Ali tak dapat nak tahan sebak lantas mengalirkan air mata apabila berbicara tentang kisahnya dengan Ziana Zain. Hal ini berlaku ketika di rancangan Lagu Cinta Kita malam tadi.

Pada awal, Azwan Ali, Elly Mazlein ada bertanya soalan kepada Ziana Zain tentang kisah hidupnya terutama kisah rumahtangganya dengan bekas suami.

Ziana yang redha dengan apa yang berlaku berkata kini dia dah move on, dan akan sentiasa berdia agar dia menerima kebahagiaan di dunia dan akhirat bersama anak-anaknya.

Kemudian, Elly Mazlein pula ada bertanya kepada Azwan Ali tentang kisah hubungannya dengan Ziana Zain, dan ketika inilah Azwan mula sebak dan rasa sayu.

Azwan dilihat agak emosi ketika menjawab soalan berkenaan, dan kemudian Ziana Zain turut tersentuh akhirnya kedua mereka dilihat mengalirkan air mata.

 “Ziana saya dah kenal lama. Betullag apa Ziana cakap tu, jangan sesekali nak judge kita. Allah tuhan kita. Oleh itu saya amat hormati Ziana sebagai kawan lama. Saya nak mohon maaf kepada Pak Zain, Cik Robiah sebab dah lama saya tak jumpa mereka”.

Ketika melihat Azwan mula sebak, Ziana ada berkata jika Azwan menangis, dia pun akan rasa sebak dan turut nak mengangis.

Ziana yang memanggil Azwan Ali sebagai diknon, akui ramai yang tak tahu isi hati Azwan Ali.

“Jangan menangis diknon, kita dah kuat, kalau diknon menangis, saya pun menangis”.

 “Orang jika tak kenal diknon mereka tidak akan kenal. Walaupun orang ada gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi relationship saya dengan dia, kita bersahabat”.

“Walaupun sampai bertahun-tahun saya tidak jumpa dengan dia, saya always call tanya khabar. Diknon sihat, tengah buat apa? Sahabat dan kawan itu adalah dua perkataan dengan pengertian yang berbeza. Kena faham tu”.

Ini videonya dari sedutan rancangan Lagu Cinta Kita. Jom tonton.

Video ini dengan pantas menjadi bualan ramai, dan ramai yang turut sebak setelah melihat air mata Azwan Ali secara live.

Share this on...