Ain Edruce kini sah pregnant 4 bulan

13,008 views

Pelakon dan pengacara Ain Edruce akhirnya mengesahkan bahawa dirinya kini sedang hamil anak pertama.

Khabar gembira ini terjawab setelah Ain Edruce muatnaik satu video khas tentang pengumuman kehamilannya ini menerusi satu video di channel miliknya.

Jelas selebriti berumur 29 tahun ini, dirinya sedang alami perubahan setelah masuk ke trimester yang kedua.

“Begitu banyak soalan dan orang yang tanya sama ada saya dah mengandung ke tak, kerana ada yang dah ternampak baby bump, yes badan sekarang banyak berubah. Kini dah tiba masa untuk saya ceritakan pada semua orang, yang sayangkan diri saya”.

“Yes betul saya kini dah mengandung. Syukur alhamdulillah saya hamil anak pertama. Memang sebelum ini, masih lagi terlalu awal, jadi saya tak nak cerita berita ini”.

“Saya mula tahu macam dah mengandung, sebab ada satu hari itu, saya lihat dah tiba masanya yang mana saya patut dah datang bulan tapi tak ada, tunggu hari kedua dan ketiga, tak datang bulan juga”.

“Kalau ikutkan, sebelum ni saya tak pernah lambat, on time je. Oleh itu, saya terus beli pregancy test seorang diri dan tengok keputusannya saya dah mengandung”.

Kerana sudah berbadan dua, Ain Edruce telah cancel semua aktiviti lasak semasa holiday bersama suaminya bernama Amirul, di Pulai Langkawi tak lama setelah dia tahu dirinya hamil.

“Ketika saya mula dapat tahu, beberapa hari kemudian kami nak holiday di Langkawi. Jadi saya buat keputusan untuk cancel semua aktiviti”.

“Kami dah berkahwin setahun, untuk saya, ini waktu yang terbaik untuk menrima kehadiran orang baru. Kadangkala ada juga terfikir tahun 2020 ini memang banyak hal berlaku. Tetapi untuk saya, tahun ini amat bermakna dan ada memori yang tak boleh dilupakan, saya dah hamil”.

Ain kini telah buat pemeriksaan dengan doctor termasuk buat scan, dan usia kandungannya sudah masuk empat bulan.

Ketika menyampaikan berita kepada suaminya, ternyata Amirul amat terkejut, teruja dan tak sabar nak bergelar sebagai seorang ayah.

Tahniah buat Ain Edruce dan suaminya Amirul Hafiz. Semoga dieprmudahkan segala urusan untuk menerima kehadiran cahaya mata pertama ini.