AR Badul tak dapat harta peninggalan, ‘Pihak bekas isteri cakap saya bukan bapa dia’

4,705 views

Tahun lalu, anak kepada pelakon Ar Badul telah pergi buat selamanya. Arwah Mejar Mohd Zahir menghembuskan nafas terakhir setelah terlibat satu insiden ketika buat demonstrasi sempena penubuhan divisyen kelima infantry di Sabah.

Ar Badul akui hubungannya dengan arwah anaknya itu tidaklah rapat, namun kini agak terkilan dan kecewa kerana haknya sebagai bapa telah dinafikan.

Jelas Ar Badul dia dan anak tak rapat sebab jarang berjumpa kerana dia dan bekas isteri bernama Rusunjan membawa haluan masing-masing dan Rusunjan kini duduk di Sabah.

“Sampai dia dah besar saya memang jarang dapat tengok dia. Ada satu masa dulu saya pernah nak pergi ambil dia. Namun dikatakan anak-anak sendiri cakap saya ni bukan bapa mereka, betul ini memang terjadi”

Cerita pelawak veteran ini lagi, dirinya amat kecewa kerana hubungan dingin dengan bekas isteri dan anak-anak telah dijadikan alasan untuk menafikan haknya terhadap harta peninggalan arwah Mohd Zahir.

“Apabila terjadi hal macam ni, pihak sana (bekas isteri Ar Badul) cakap saya tak ambil tahu tentang family dan anak”.

“Tapi saya kan bapa kandung dia, malah pihak tentera juga tak beri apa-apa kat saya, sebab katanya saya tak layak. Malah insurans pun cakap saya tak layak”.

Ar Badul ada buat desakan agar inkues dibuat untuk cari punca insiden melibatkan anaknya itu namun telah tarik balik demi masa depan tiga orang cucunya, anak kepada arwah.

“Mereka bagitau jika saya buat inkues, anak-anak arwah akan kehilangan hak. Oleh itu lepas fikir tentang hal itu, saya pun tarik balik permintaan buat inkues”.

“Saya ayah dia, tapi tak layak nak dapat tuntutan terhadap hak arwah. Pihak sebelah sana (bekas isteri Ar Badul) cakap saya ni tak ambil tahu tentang arwah anak dan cakap saya bukan bapa dia”.

“Bukan isunya saya nak duit tu, tapi hanya hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan isu sebagai seorang ayah”.

“Saya bagai kena sekat, macam saya tak ambil tahu tentang anak sejak kecil, saya ni bapa dia”.

“Maybe ada kisah buruk saya tentang anak-anak telah diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan dan didik anak sampai menjadi manusia, kata dialah”

Itulah luahan dari Ar Badul tentang isu dengan keluarga bekas isterinya, setelah anak kandungnya, Mejar Mohd Zahir pergi buat selamanya tahun lalu.