“B, you bukan nak diet ke” Intan bergurau, keluar makan dengan tunang

3,043 views

Ramai yang nak tahu tetang apa status pasangan yang sering jadi tumpuam orang ramai ini, tak lain tak bukan pasangan tunang pelakon Intan Najuwa dan juga Razrul Anwar Rusli.

Status mereka berdua sering diperkatakan setelah Intan Najuwa dah unfollow dan memadam beberapa keeping gambar tunangnya itu di laman media sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

Malah, Razrul juga telah membuat tindakan yang sama apabila dia turut unfollow Instagram Intan Najuwa, sekaligus memberi bayangan bahawa mereka bagaikan ada konflik yang melanda.

Namun, semalam, segalanya terungkai tentang status hubungan pertunangan kedua mereka. Melalui IG stories, Intan Najuwa akhirnya telah upload video terkini bersama tunangnya itu.

Menerusi Instagram Stories miliknya, Intan Najuwa dan tunangnya itu kelihatan baik-baik sahaja dan kemesraan masih terpancar. Ini sekaligus memberi jawapan bahawa isu yagtimbul baru-baru ini tak melemahkan atau memberi kesan terhadap hubungan mereka berdua.

Melalui video itu, Intan Najuwa juga sempat bergurau dengan tunangnya dimana dia tanya kini Raz sedang diet ketika jejaka itu nak menjamu selera.

Bie you bukan nak diet ke,” Tanya Intan Najuwa sambil gelak sakan, bergurau dengan tunangnya.

Baguslah kalau gitu kan, semoga hubungan mereka terus baik-baik sahaja, dan cepatlah bernikah.

Sebelum ini, memang jadi viral apabila ada beberapa keeping gambar antara Intan dan Zul Ariffin yang agak terlalu mesra. Dan lebih membuatkan perkara ini jadi bualan adalah apabila pengarah drama kata, gambar itu bukan ketika proses penggambaran.

Pengarah drama itu, Osman Ali membaut kenyataan da memberitahu aksi antara Intan Najuwa dan Zul Ariffin itu tiada dalam mana-mana babak dalam drama.

Intan Najuwa dan Zul Ariffin tak memberi sebarang respon balas tentang hal ini.