Pernah diberi label sebagai wedding of the year pada tahun 2020, pelakon dan pengacara Mira Filzah dan suaminya, Wan Emir Astar kini sedang bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Sejak kahwin, pasangan ini seringkali dilihat serasi bersama dan Mira Filzah ada memuatnaik beberapa moment bersama yang menunjukkan kemesraan sepanjang bergelar suami isteri.
Kini dah masuk lima bulan usia perkahwinan mereka berdua, sudah tentu ada yang bertanya, adakah mereka sudah bersedia untuk timang cahaya mata pertama.
Ianya bertambah hangat apabila ada dua keping gambar yang dimuatnaik oleh Mira Filzah menampakkan perut seakan sedang berbadan dua.
Netizen dan follower yang mempunyai penglihatan yang tajam, mengatakan kelihatan Mira seakan sudah mempunyai baby bump.
Apabila terlihat gambar berkenaan, peminat terus bertanya kepada Mira Filzah sama ada adakah benar Mira sudah berbadan dua.
Ini antara pertanyaan dari netizen: “Macam dah ada is saja Mira FIlzah ni, betul ke.”
Seorang netizen pula menulis: “Macam lain je nampak, dah ada isi ke. Berseri-seri.”
“Baby girl dah ada baby bump, it’s a girl.” Tulis seorang peminatnya di gambar berkenaan.
Melihat banyak yang beri komen tentang isu ini, Mira Filzah ada menjawab secara berseloroh. Ini komennya. “Tak lah, buncitlah.”
Komen Mira Filzah itu terus menidakkan bahawa dirinya sedang hamil dan hanyalah kelihatan perut yang buncit.
Mira Filzah yang popular dengan drama seperti cinta si wedding planner, lelaki kiriman tuhan dan rahsia hati perempuan, tak pernah buat sebarang kenyataan lanjut bahawa dirinya kini sedang berbadan dua, ianya hanya spekulasi dari peminatnya.
Diimbas kembali, selebriti berumur 28 tahun ini telah menamatkan zaman bujangnya setelah disatukan dengan Wan Emir iaitu anak sulung kepada Datuk Mastura Yazid, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.